الاسلام يعلو ولا يعلى عليه

“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)

SELAMAT DATANG KE LAMAN MASJID KALAI.. MASJID KITA...TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN IDEA.. TENAGA.. MATERIAL.. YG TELAH ANDA SUMBANGKAN. 0139466288(Pengerusi Masjid) >> nazriyusuf@ymail.com..

Selasa, 14 Disember 2010

Hadis Berkenaan Menuntut Ilmu

البخاري قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين، وإنما العلم بالتعلم
Sesiapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik2/soleh akan di kurniakan ilmu pengetahuan (ilmu agama) kepadanya. Dan ilmu itu hanya akan diperolehi dengan balajar/menuntut

البخاري قال : قال رسول الله صلى الله تعالى عليه وآله وسلم : من سلك طريقا يطلب به علما سهل الله له طريقا الى
الجنة
Sesiapa yang mengorak langkah untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan untuk mereka jalan2 menuju syurganya.

Isnin, 13 Disember 2010

Kita dan Nabi s.a.w

Selepas Al-Quaran... Al-Hadith amat penting bagi kita, untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Panduan dan pedoman, memandu kita ditengah2 gelombang kehidupan yang amat mencabar. Hanya KitabuLlah dan Sunnah Bagindalah mampu memacu ummat ini dilandasan selamat. Menuju kebahagiaan abadi. Inya Allah.. Justeru itulah Nabi S.A.W manyatakan :
من ادى إلى أمتي حديـثا واحدا يقيم به سنة او يرد به بدعة فله الجنة
Insya Allah laman ini akan memuatkan beberapa hadith sebagai tazkirah bagi penyusun khusunya. Mudah2an ada gunanya untuk kita semua.

1.
عن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم : ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما, وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله تعالى, وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النـار
Daripada Anas Bin Malik r.a, daripada Nabi s.a.w. Sesiapa yang memiliki 3 perkara ini. Mereka akan dapat menikmati kemanisan dan keindahan iman. 1)Apabila kasihnya terhadap Allah dan Rasull mengatasi sagala2 nya, 2)Apabila kasihkan saudara/ kawan/ teman samata2 kerana Allah dan 3)Jika takut kepada kekufuran sabagaimana takutnya jika dicampakkan kedalam nyalaan api!!


Ahad, 14 November 2010

Lebih dua juta jemaah banjiri Makkah


MAKKAH: Lebih dua juta jemaah haji, dengan berpakaian ihram serba putih, melakukan solat Jumaat di Masjidil Haram, Makkah, kelmarin, dua hari sebelum bermulanya ibadah rukun Islam kelima itu.

Mereka mendengar dengan tekun khutbah yang disampaikan oleh imam masjid besar di Makkah itu, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, selama 40 minit dan yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen Arab Saudi dan beberapa negara lain di rantau Arab, Afrika dan Asia.

Pada beberapa ketika semasa khutbah itu disampaikan, para jemaah dilihat mengalirkan air mata, sedang imam besar itu bercakap tentang masa-masa sukar yang dihadapi oleh umat Islam sejak akhir-akhir ini, lapor laman berita Arab News, semalam.

Sambil menggesa usaha ke arah pembebasan Palestin, Sheikh Al-Sudais berkata sudah tiba masanya puak-puak di Palestin melupakan perselisihan sesama mereka.

'Perselisihan ini hanya menambahkan kesengsaraan saudara-saudara kita di Palestin.

'Sekatan tidak berperikemanusiaan ini telah menyukarkan kehidupan mereka. Kini tiba masanya bagi negara-negara Islam menyatukan barisan mereka dan membebaskan rakyat Palestin daripada belenggu 'perhambaan' ini,' kata beliau.

'Semua perbezaan di kalangan negaranegara serantau harus dan boleh diselesaikan dengan semangat Islam sebenarnya.

'Contoh terbaik mengenai kesatuan ini ialah jemaah ini, yang menunjukkan setiap penganut Islam dari segenap pelosok disatukan dengan ikatan cinta kepada Nabi Muhammad saw dan Al-Quran,' tambahnya.

Sheikh Al-Sudais menyifatkan isu Palestin itu sebagai satu masalah paling besar yang dihadapi negara-negara Islam, menurut Arab News.

'Setiap hari membawa satu bentuk kesengsaraan baru kepada mereka,' tegas beliau, dengan nada terharu dan titisan air mata.

'Ya Allah, satukanlah semua negara Islam...,' doanya, disambut dengan teriakan 'Amin' daripada para jemaah.

Sambil berulang kali menekankan nilai perpaduan, Sheikh Al-Sudais berkata:

'Perpecahan kita telah memberi kesempatan kepada musuh-musuh kita untuk mengeksploitasikan kita. Kita berpecah walaupun dalam satu keadaan jumlah yang besar. Perpaduan adalah kunci ke arah kesejahteraan kita. Mesej haji adalah perpaduan. Marilah kita sama-sama berdoa ke arah perpaduan umat Islam seluruh dunia.'

Imam besar itu juga menekankan perlunya masyarakat Islam menaruh harapan dan meyakini Allah setiap masa, khususnya semasa menghadapi kesusahan. :cyberbrita

Ekspo Cheng Ho

Ekspo Cheng Ho bakal membuka mata dunia terhadap Kelantan. Ia bakal menjadikan Kelantan bukan sahaja terkenal sebagai sebuah wilayah yang diperintah secara Islam, malah ia bakal menjadikan pangkalan atau hab ekonomi, kesenian, kebudayaan, pendidikan dan transaksi produk halal dari seluruh dunia.

Pada :
21-26 November 2010
Tempat :

Stadium KB
Jom Kita Ke Sana !!!

Jumaat, 12 November 2010

Pemain Billiard Tersohor Peluk Isam


Pemain billiard terkenal dunia pula peluk Islam

MASHAD (Iran), 12 Nov: Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar) mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.

Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).

David pernah menajdi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003. lagi

Takziah Buat Mek Li Sekeluarga

Hari ini seorang lagi anak mukimku telah kembali kerahmatullah. Hj Ramli (Pak Li) Bin Mohd Zain. Takziah diucapkan kepada Mek(Isteri arwah) sekeluarga atas kembalinya orang yang dikasihi kerahmatullah. Arwah meninggal pada usia emas (73 thn)
كـل نفس ذائقة الموت
SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MENEMUI KEMATIAN.

Kepada semua anak mukim dijemput untuk solat jenazah 4.45 ptg.. selepas solat asar

Rabu, 10 November 2010

Keputusan UPSR Esok

PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada Khamis, 11 Novemver ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran.

Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah seramai 486,321 orang manakala bakinya sebanyak 8,172 orang adalah calon sekolah swasta

Rabu, 3 November 2010

HIV

Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari ubatan HIV telah dilakukan di seluruh dunia. Tiba-tiba kita digegar oleh penemuan seorang ulamak dari Yaman.(Shiekh Abdul Majid) Walaupun ianya dipertikaikan namun mereka boleh membuktikan ratusan patien yang sembuh dengan perubatan mereka. Syukur. Rahsia ini menjadi kajian di barat sehinggakan mereka sangat cemburu dengan penemuan ulamak Islam dari negara tersebut.

Di negara kita pula ,banyak juga kita mendengar ada klinik yang mampu mengubati penyakit HIV dan ada pula yang dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana dakwaan mereka itu. Kenapa isu HIV sangat sensitif? dimana ada masalah disitu ada peluang.....sesiapa yang menjumpai ubatannya akan sangat terkenal didunia pengubatan dan penjualan ubatan tersebut juga menjadi besar.

Shiekh Abdul Majid melakukan perubatan dengan kaedah ilahiah dan alamiah dan dia sanggup buktikan keimanan yang benar akan menjadi jalan di ijabahnya doa oleh Allah swt. Perubatan Jawi juga percaya hal yang sama dan kini sedang membuka peluang kepada mereka yang menghidapi gejala HIV tetapi bukan penagih dadah untuk diterapi dengan herba. Kita tidak mendakwa menyatakan kita menemui ubatannya tetapi kita akan buktikan kepada 10 orang pesakit HIV dengan testimoni kesembuhannya.

Berapakah % keyakinan akan sembuh dengan herba ini? jika anda bertanya bagitu pada saya maka saat ini saya ingin menyatakan bahawa saya mempunyai keyakinan 100% sembuh dengan Izin Allah. Mudah-mudahan saya juga akan menjadi seperti shiekh Abdul Majid yang menemui penawar HIV tetapi bukan kerana wang tapi kerana sebuah perjuangan. Amin.
(HPA)

Selasa, 2 November 2010

Yang Kita Nak Tengok


Dalam kesibukan berkempen ,Menteri Besar Kelantan sempat juga meneruskan usaha dakwahnya di kampung orang asli di gua musang.Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.

Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop.
(Harakah)

Musim Banjir n Bajet

Islam menekankan supaya ummatnya hidup bersederhana. Tidak boros ataupun kupit(kedekut). Saranan ini wajar dihayati oleh kita semua. Kita seharusnya merencanakan perbelanjaan seharian, bulanan mahupun tahunan. Langit tidak selalu cerah. Sekarang ni banyak hak mendung. Itu merupakan sunnah alam ciptaan Allah. Dia yang mengaturkan segalanya.

Sekarang musim tengkujuh hampir/ telah tiba. Justeru itu perancangan kewangan amatlah mustahak di ambil kira. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah. Bagi golongan petani/ penoreh puak kita kenalah ingat. Bulan Nov dan Disember Puye Bah biasanya tak banyak hari hak kita buleh nnogheh. Jadi kita kna stat wat kira-kira loni lg. Mana untuk belanja hari2... mana untuk anak nak masuk sekolah tahun depan... mana untuk pada jalan Allah.. dsb. Sebab itu islam menganjurkan kita supaa selalu berdoa... Antara doa yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :

اللهمّ اِنِّي أعُوذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزْن . وَأعُوذُبِكَ مِنَ العَجْزِ والكَسْلِ . وأعُوذُ بِكَ مِنَ الجُبْنِ وَاالبُخْلِ . وَأعُوذُ بِكَ مِن غَلَبَتْ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَال

Amaran Banjir

Edah banjir sudah tiba. Terdapat laporan mengatakan bahawa kita mungkin juga akan mengalami banjir pd tahun ini. Kini paras air di sungai-sungai di kelantan dah mula naik. Sungai Golok dan Rantau Panjang berada diparas Merah (bahaya). Manakala Sg Kelanan (Kusia dan Kuala Krai) peringkat Oren(berjaga-jaga) Untuk maklumat lanjut klik di sini atau e-Banjir

Isnin, 1 November 2010

Amaran Banjir

Hujan lebat dan berterusan yang turun sejak sabtu lalu telah menyebabkan beberapa batang sungai di Kelantan telah mula naik. Paras air Sg Golok (Stesen:Jenub dan Rantau Panjang) menunjukkan berada di tahap merah (bahaya), manakala Sg Kelantan (Stesen:Krai dan Kusial) dalam keadaan berjaga2.

Namun hujan telah mula reda dan berhenti. Insya Allah kita doakan semoga ianya cepat surut.. semuanya selamat. Apa yang penting kita tahu bahawa setiap yang berlaku itu adalah mengikut iradat Allah. Pasti ada hikmahnya.

Ahad, 31 Oktober 2010

Kelantan Istihar Cuti

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.

Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

"Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat.

"Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan," katanya.lagi

Selasa, 26 Oktober 2010

Adik Ipar Tony Blair Peluk Islam


Adik ipar Tony Blair telah masuk Islam setelah mempunyai pengalaman suci ‘di Iran.
Penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43 – dari adik Cherie Blair sekarang memakai tudung yang menutupi kepala setiap kali dia meninggalkan rumah nya, solat lima kali sehari dan melawat masjid tempatan ‘ketika saya boleh’.

Dia memutuskan untuk menjadi seorang Muslim enam minggu lalu setelah melawat makam Fatima al-Masumeh di kota Qom.
“Ini adalah malam Selasa dan saya duduk dan merasa ini suntikan spiritual, hanya kebahagiaan mutlak dan sukacita,” kata dia The Mail pada hari Ahad.
Ketika ia kembali ke Inggeris, dia memutuskan untuk menukarkan segera.
“Sekarang Saya tidak makan babi dan saya membaca Al-Quran setiap hari. Saya sedang di halaman 60. Saya juga tidak minum minuman keras selama 45 hari, tempoh terpanjang dalam 25 tahun, “katanya.
‘Hal yang aneh adalah bahawa sejak saya memutuskan untuk menukarkan saya tidak mahu menyentuh alkohol, dan saya adalah seseorang yang mendambakan segelas wain atau dua pada lewat hari. “
Menolak untuk kemungkinan bahawa ia mungkin mengenakan burka, dia berkata: “Siapa yang tahu di mana perjalanan rohani saya akan membawa saya?”
Sebelum sampai untuk ziarah di Iran, ia telah ‘simpati ‘ untuk Islam dan telah menghabiskan banyak masa bekerja di Palestin. ‘Saya selalu terkesan dengan kekuatan dan kemudahan itu memberi, “kata dia agama.
Miss Booth, yang bekerja untuk Press TV, saluran berita berbahasa Inggeris Iran, telah menjadi pengacara perang di Iraq.

Pada bulan Ogos 2008, beliau pergi ke Gaza dengan kapal dari Cyprus, bersama-sama dengan 46 aktivis yang lain, untuk membuat dokumentasi sekatan Israel ke atas wilayah itu.
Dia kemudian di bawa masuk ke Israel dan Mesir. lagi

Ahad, 24 Oktober 2010

Filem Hina Islam Di Malaysia

fajridil.blogspot.com - Kelmarin, sementara menunggu bas yang saya akan naiki untuk pulang ke Terengganu, saya sempat menonton sebuah filem di rumah abang saya di ibu kota. Filem tersebut berjudul “From Paris With Love”.

Adegan Hina Islam

Baru beberapa minit menontonnya, tampak jalan ceritanya sama seperti filem box-office sebelum ini yang berjudul "B13". Misi agen perisik menyelamatkan negara. lagi

Qurban dan Nas2 Berkaitan Dengannya

Soalan: KETIKA ini, banyak iklan mengenai ibadat korban dipaparkan. Bolehkah ustaz menjelaskan hukum melakukan korban? Apakah ada dalam al-Quran dan hadis?

YUSRI,Ukay Perdana.

Jawapan: Allah SWT berfirman dalam surah al-Haj ayat 36 yang bermaksud: "Dan Kami jadikan unta sebahagian daripada syiar agama Allah untuk kamu, menyembelih unta yang ada kebaikan bagi kamu, oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas 3 kakinya, maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta.."

Dalam surah lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban." (surah al-Kauthar ayat 2).

Berkorban atau mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan menyembelih haiwan tertentu pada Aidiladha dan dua atau tiga hari sesudahnya adalah antara tuntutan agama yang ditegaskan dalam ayat al-Quran di atas.

Imam Abu Hanifah menilainya wajib bagi setiap orang yang mampu berdasarkan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah beliau berkata: "Sesiapa yang memiliki kemampuan dan tidak mahu berkorban, maka hendaklah ia tidak mendekati tempat solat kami."

Menurut fahaman penganut mazhab Hanafi, ancaman ini menunjukkan wajibnya berkorban. Mazhab lain pula menilainya sebagai sunat muakkad (iaitu sunat yang amat ditekankan melakukannya) berdasarkan sekian banyak hadis. Antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, "Aku diperintahkan berkorban, sedangkan itu sunat bagi kamu sekalian."

Ibn Abbas berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tiga perkara yang menjadi kewajipan atas diriku dan ketiganya adalah sunat bagi kamu sekalian, iaitu (solat) witir, menyembelih korban dan solat Duha."

Menurut Mazhab Syafie, sunat ini cukup dilaksanakan sekali seumur hidup. Di samping itu, disunatkan pula setiap ketua keluarga atau seorang ahli keluarga berkorban untuk dirinya (sekiranya belum dilakukan) atau atas nama seorang ahli keluarganya. Kalangan ulama juga sepakat bahawa haiwan yang boleh dikorbankan mestilah unta, lembu atau kerbau. Haiwan-haiwan itu boleh dikongsi iaitu seekor bagi tujuh orang. Kambing pula tidak boleh dikongsi iaitu seekor seorang.

Haiwan itu selayaknya yang sihat dan sempurna, baik jantan mahupun betina. Mengenai hukum memakan daging korban yang disembelih, majoriti ulama membolehkannya. Jika korban itu dilakukan untuk memenuhi nazar, maka imam Abu Hanifah dan imam Syafie melarang orang yang bersangkutan dan keluarganya memakan dagingnya. Dalam mazhab Maliki, Hambali dan Hanafi disunatkan bagi orang yang berkorban untuk menggabungkan antara memakannya dan membahagikannya. Bahkan, seandainya dia memakan semuanya atau menyimpannya selama tiga hari kemudian, maka yang demikian itu dibolehkan menurut Mazhab Hanafi dan Maliki, walaupun hukumnya makruh.

Bagi Mazhab Hanafi dan Hambali, disunatkan untuk membahagi daging korban, iaitu sepertiga untuk diri dan keluarganya, sepertiga untuk teman-teman (walaupun kaya) dan sepertiga untuk fakir miskin.

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam ayat 36 surah al-Haj yang bermaksud: "...Kemudian jika ia (haiwan yang dikorbankan itu) tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta…"

Imam Malik tidak menetapkan kadar tertentu. Penganut mazhab ini berpegang pada sekian banyak hadis yang menganjurkan agar memakan, memberi makan dan menyisihkannya untuk disimpan. Hadis yang dimaksudkan itu terkandung dalam kitab, antaranya Kitab Nayl al-Awtar yang diriwayatkan Imam Muslim bahawa Nabi SAW bersabda: "Aku tadinya melarang kamu semua menyimpan daging korban lebih tiga hari kerana adanya addhafat. Kini, sudah datang kelapangan daripada Allah. Maka simpanlah semahu kamu."

Menjual sesuatu yang berkaitan dengan haiwan korban tidak dibenarkan sama ada kepala, daging, kulit atau bulunya. Seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa menjual daging haiwan korban, maka tidak ada (iaitu tidak sah) korbannya." Hadis ini riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi. Begitu juga tidak dibenarkan memberikannya sebagai upah kepada penyembelih. Tetapi harus memberikannya sebagai hadiah kepadanya atau kepada orang yang wajar menerimanya.

Selain itu, yang berkorban atau yang lainnya dapat memanfaatkan kulit haiwan korban untuk dibuat tabuh atau produk lain. Wallahua’lam.
by:al-bakriah.com.my/

Dunia Diperintahkan Melayani Hamba yang Taat Beribadah

Meski semua telah tertulis di zaman azali, manusia tetap diperintahkan untuk berikhtiar menjemput kebaikan. Tak ada satu kebaikan pun yang diraih dengan berpangku tangan. Semua itu meniscayakan adanya sebuah gerak, usaha, dan akselarasi.

Diam hanya akan membuat seseorang berkubang dalam penderitaan dan kegagalan. Jika kita adalah seorang pedagang atau pebisnis, mutlak untuk melakukan sesuatu. Sebaik-baik ikhtiar manusia adalah merujuk pada syariat-Nya, sebagai Zat yang mengatur kehidupan. Ikhtiar berikut boleh disebut sebagai kunci pelaris bagi usaha perniagaan kita.lagi
by:putra juragan

Sabtu, 23 Oktober 2010

Qiam Jamaie Sempena 20 Thn Kerajaan Islam


Kehadiran kira2 600 orang muslimin & muslimat dari pelosok jeli untuk Bertahajjud dan Solat Hajat di Masjid Bandar Jeli pg tadi cukup membanggakan. Penyertaan yang begitu ramai adalah diluar jangkaanku. Inilah hasil yang ditanam kerajaan Islam. Setelah sekian lama mantadbir negeri.. menguruskan pelbagai pusat pendidikan islam.. menutup pintu judi arak dan sebagainya.. Maka rakyat, tanpa dipaksa akan turut terpanggil dan tergerak hati untuk sama2 mensyukuri ni`mat 20 tahun pentadbiran kerajaan.

Majlis dimulakan seawal jam 4.30 pg td. Solat diimamkan oleh Al-Fadhil Us Khairul Azizi (Imam Masjid Bandar Jeli) Manakal manakala tazkirah pula disampaikan Oleh Us Hj Abdullah Yaacob (ADUN Ayer Lanas). Khabarnya nasi yang disediakan pun "Nyapuh" x berapa nak cukup. Tapi mereka ke sana bukan kerana nasik. Sedangkan minyak kereta dan masa sanggup dikorbankan. inikan pula nasi 1 bungkus..

Pagi tadi JHAEIK khabarnya menganjurkan program serupa di semua masjid bandar dalam negeri kelantan. Tahniah JHAEIK..

Jumaat, 22 Oktober 2010

Aturcara Sambutan 20 Tahun Kerajaan Islam

Pada 20 Oktober 2010, genaplah usia 20 tahun pentadbiran Negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama' dengan amalan dasar Membangun Bersama Islam.

Sepanjang 20 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam, realitinya Negeri Kelantan telah banyak menerajui dan memimpin perubahan serta mendahului di dalam pelagai aspek pembangunan. Ia merupakan suatu nilai kejayaan kepimpinan YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar.

Mengimbau sejarah sambutan seumpama ini, pihak Kerajaan Negeri pernah mengadakannya kali pertama bersempena tahun ke-3 (1993) dan kali kedua bersempena tahun ke-10 (2000). Maka, sambutan kali ke-3 ini merupakan penerusan dan bersempena dengan genap 20 tahun kepimpinan ulama' menerajui pentadbiran Negeri Kelantan berteraskan Membangun Bersama Islam.

Matlamat sambutan ini adalah seperti berikut:

1. Memperingati 20 tahun rekod dan pencapaian mentadbir Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam.
2. Memberi peluang kepada pelbagai agensi Kerajaan Negeri, parti dan swasta/NGO mempamerkan aktiviti dan kejayaan masing-masing.
3. Mendedahkan maklumat dan isu-isu pembangunan negeri untuk tatapan umum daripada pelbagai lapisan rakyat tentang program dan projek yang dilaksanakan sepanjang 20 tahun.

Acara Sambutan

Festival Busana Muslim???

Penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu. Amat memalukan dan mendapat bantahan hebat oleh pecinta islam.. Tahniah kepada mereka yang peka dengan penghinaan ini.
Gambar menunjukkan tulisan محمد yang ditulis terbalik. Adakah ini model pakaian muslimah yang sejati dan menepati kehendak agama. Ia amat jelas menghina dan meruntuhkan islam itu sendiri. Sedarlah!!!

Selasa, 12 Oktober 2010

PENDAFTARAN MASUK KE SEK AGAMA

Pendaftaran masuk ke Sekolah Agama seluruh Kelantan telah dibuka sekarang. Bagi penduduk sekitar Batu Melintang... Adalah dicadangkan untuk mendaftar masuk anak-anak/ jagaan ke SMU(A) Al-Diniah Batu Melintang. Untuk pendaftaran Online klik di sini atau hubungi pihak sekolah pada hari dan waktu pejabat.

PENDIDIKAN AGAMA TONGGAK KEUTUHAN UMMAH

Permohonan Masuk Pelajar Ke Tingkatan Satu Maahad/ Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan Tahun 2011
Ahad, 03 Oktober 2010 03:58

PERMOHONAN

1.1 Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 1998 adalah layak memohon masuk Maahad/Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan.

1.2 Permohonan boleh dibuat di mana-mana Maahad/ sekolah Yayasan Islam Kelantan .

1.3 Borang permohonan boleh didapati di Maahad/Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan yang berkenaan dengan mengemukakan salinan surat beranak.

1.4. Keputusan UPSR adalah diambil kira.

1.5 Permohonan dibuka mulai 03.10.2010 (Ahad)


UJIAN KEMASUKAN / PENGASINGAN KELAS :

2.1 Semua pemohon wajib menduduki Ujian Kemasukan.

2.2 Tarikh dan masa Ujian Kemasukan / Pengasingan Kelas akan ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.3 Perkara yang diuji :

2.3.1 Ujian Lisan :

Al - Qur’an - 60 markah
Jawi - 40 markah

2.3.2 Ujian Bertulis:

Jawi, Al - Qur’an dan Asas Pengetahuan Agama Islam - 100 markah

2.4 UPSR

2.4.1 Salinan keputusan UPSR yang telah disahkan hendaklah diserah ke pejabat sekolah sebaik sahaja keputusan UPSR diumumkan.

2.4.2 Markah

A = 10 Markah
B = 5 Markah

KEPUTUSAN

3.1 Keputusan ujian adalah diumumkan oleh pihak sekolah berdasarkan Ujian Kemasukan / Pengasingan Kelas yang dijalankan.


PENGESAHAN

4.1 Pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan di sekolah pada tarikh yang ditetapkan oleh sekolah berkenaan.


LAPOR DIRI

5.1 Tarikh lapor diri akan ditetapkan oleh pihak sekolah berkenaan.

Pengarah
Yayasan Islam Kelantan

Selasa, 5 Oktober 2010

SUMBANGAN KOMPUTER

Jawatankuasa masjid kalai mengucapkan terima kasih kepada En Lan Kuala Terengganu kerana telah menghadiahkan sebuah komputer untuk masjid ini... terima kasih juga kepada Tok Ngulu Din (Setiausaha Masjid) kerana berusaha untuk mendapatkan sumbangan daripada kawan lama beliau.
Kami berharap lebih banyak penderma yang akan menyumbangkan komputer (baru/terpakai) untuk kegunaan komuniti masjid kalai ini. Pihak pengurusan masjid kalai terlah bersetuju untuk mengadakan sudut CC dalam perkarangan masjis ini bagi kemudahan anak mukim..

Isnin, 27 September 2010

Kematian & Keinsafan

Adik iparku SU dalam kenangan... Jam 01:15am 19/09/2010 telah kembali seorang hamba Allah,Suria Bt Jalil (800219 01 5510) ke rahmatuLlah.. Ipar kesayanganku pergi dalam usia yang masih muda..30 tahun.. meninggalkan buat selamanya di alam dunia ini seorang Suami yang penyayang Nazrol Zamani Bin Yusuf(Adikku) serta putra pintar n waja Muhammad Nuzul Firdaus(Anak saudaraku)..
beliau telah mendahului kedua ibubapa, suami dan kami semua menuju ke alam baqa`. Dengan berbekalkan usia yang dianugerahkan Tuhan beliau telah menunjukkan banyak kejayaan dalam membentuk sakhsiyyah keluarganya kalaupun tidak semua...
AyahBonda, Chik, Shah sempat bersama manatang seraya menatap saat pemergiannya salain suami tercinta...Joe... sempat mengajarnya mengucap kalimah toyyibah... لا اله الا الله.. dalam dakapan penuh mesra.. Pemergianmu seakan seorang pejuang yang mendepani penat jerih mengharungi benua.. berjihad menyelamatkan iman,budi dan nilai kehidupan yang penuh makna untuk seisi keluarga..
Semasa hayat.. Su pernah berpesan... Tolong besarkan 'Aus' (Firdaus) dengan Bi'ah islamik.. Asuhkanlah dia dengan didikan agama.. jangan jadi seperti mereka diluar sana.. kehidupan akan hancur tanpa pengamalan dan penghayatan nilai agama.. Tolong besarkan Aus dengan Pendidikan Agama Di Kelantan.. Agar kehidupannya lebih berkmakna dan dapat membantu mama nanti.. Kalau boleh biarlah jadi seorang hafiz Al-Quran macam Pak Uda (Adikku)
Terima kasih Su.. semoga harapanmu terlaksana... impianmu menjadi nyata... mudah-mudahan ruh mu sentiasa dicucuri rahmatNya...Insya Allah.. Kami sekeluarga akan berusaha memenuhi segala hajat dan impian murnimu.. Al-Fatihah.. AY mohon maaf kerana tersedu n tak leh teruskan penulisan ini...sebak mula memenuhi dada...Kalau ada masa AY akan sambung semula cetusan rasa ini..
##SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN##

Isnin, 20 September 2010

Paksu Wil Kalai... Dalam kenangan

Al-Fatihah...
Pada 10.40 malam 10 Syawwal 1431/19 Sept 2010 Tn Hj Ismail Bin Dolah (Lebar) - al-marhum telah kembali kerahmatullah.. Beliau merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Masjid Kalai yang begitu komited dengan apa jua program yang anjurkan.
Dalam keadaan uzur pun selagi terdaya beliau akan cuba kuatkan diri untuk mengikuti ceramah2 atau apa jua program yang dianjurkan. terkadang beliau minta untuk bertenggek (membonceng) motosikal belia2 di si sini. Kalu tidakpun Paksu (arwah) akan bertongkat untuk ke masjid.. kalu tak dak sampai ke masjid juga tu. maknanya beliau tiada di kampung atau uzur yang amat sangat.
Sebaik sahaja jemaah masjid tamat membaca yasin semalam.. saya masih sempat lagi untuk berbual-bual dengan ahli keluarganya. namun tak sampai sepuluh minit balik dumah saya dimaklumkan (oleh Che Musa-anak sauda arwah) beliau telah selamat kembali ke rahmatullah.
Jenazah Allah yarham telah selamat disemadikan di perkuburan islam mukim kalai jam 12.00 tengahari tadi. Alhamdulillah bilangan jemaah solat jenazah pun melebihi 40 orang..
Beliau adalah satu ikon yang patut dicontohi.. seorang yang istiqamah dengan masjid. semoga ruh nya sentiasa dicucuri rahmat.. Amiin..

Selasa, 7 September 2010

Qiam Ramadhan Subur

Alhamdulillah.. pada malam 27 Ramadhan baru2 ini.. walaupun pertama kali program Qiamullail diadakan.. namum berjaya menarik lebih 40 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.. Apa yang menariknya.. Mereka yang tidur di rumah masing2 pun turut menyertainya.. terima kasih semua.. boleh dikatakan hampir setiap malam ada dikalangan anak mukim yang beriktikaf di masjid ini..

Sabtu, 4 September 2010



MAJLIS BUKA POSA DI MASJID KALAI

Semua Anak Mukim Kalai & Ore Yg Terjengok Blog Ini Di Jemput :
  • Maghi Pakat Buka Posa D`Masjid Kalai
  • Pada Ptg Ini
  • 3/9/2010
  • Datanglah Beramai-ramai...
### Penyertaan Anda Kebanggaan Kami ###

"tq BERITA HARIAN ATAS SUMBANGAN YG D`BRI"

QIAM JAMA`IE

Masjid Mukim Kalai buat julung kalinya akan menganjurkan Qiamullail Ramadhan...
Semua anak mukim di alu-alukan menyertai program
  • Qiam Ramadhan
  • Pada 3/9/2010 (hari ini)
  • Pendaftaran - Solat Asar Berjemaah
  • Di Masjid Mukim Kalai
  • Sila hubungi : Tuan Bilal/En Kamarudin/ En Syawwal
PENDAFTARAN PERCUMA MASIH DIBUKA
Anjuran: Lajnah Pembangunan Islam & Da`wah Masjid ini.

- Tentatif
  • Pendaftaran
  • Solat Asar
  • Taklimat
  • Gotong Royong
  • Iftar Jamaie
  • Solat Maghrib
  • Rehat
  • Solat Isyak n Terawih
  • Tayangan
  • Tido
  • Qiam
  • Sahur
  • Solat Subuh
  • Kuliah Subuh
  • Bersurai

Ahad, 29 Ogos 2010

IFTAR BERSAMA BERITA HARIAN

Masjid Mukim Kalai insya Allah akan mengadakan :
1. Iftar sumbangan Berita Harian (03/09/2010)
2. Bersamamu Ramadhan (akan dimaklumkan nanti)

Selalulah layari laman ini... syukran..

KERUSI DIPERLUKAN

Masjid kami memerlukan beberapa kemudahan asas bagi malangsungkan program yang dirancang dengan lancar.. terkini ... pihak Jawatankuasa masjid menawarkan peluang kepada sesiapa yang ingin mewakafkan kerusi untuk kegunaan masjid kalai... dengan harga RM15 bagi setiap unit kerusi.. kepada yang berminat.. sila hubungi pihak pengurusan masjid dengan segera...

Khamis, 19 Ogos 2010

PELUANG UNTUK MENDERMA

Kami membuka peluang kepada semua.. Sesiapa yang berminat sila salurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Masjid Mukim Kalai. 03054010019264 - BIMB Tanah Merah
Sumbangan diperlukan bagi program :
1. Ihya` Ramadhan dan
2. Sumbangan kepada Imam Terawih..

........ semoga hidup bertambah berkat .......

Jumaat, 13 Ogos 2010

NISAB ZAKAT 2010

Kadar zakat fitrah bg negeri Kelantan pada tahun ini ditetapkan RM7, meningkat 10 sen berbanding RM6.90 tahun lalu.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Kamaruddin Mohd. Zin berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu mengambil kira harga semasa beras.

Beliau berkata, bagi tujuan itu Maik telah melantik seramai 571 amil terdiri daripada para imam, bilal dan pegawai agama di kem-kem tentera, polis serta pusat tahanan.

Kamaruddin turut mengumumkan kadar nisab zakat wang simpanan iaitu sebanyak RM10,200.

Mengenai zakat harta pula, katanya, umat Islam boleh menunaikan kewajipan mereka dengan membayar zakat harta di kaunter Maik, Balai Islam Lundang di sini yang beroperasi tujuh hari seminggu sepanjang Ramadan ini bermula pukul 8 pagi hingga 4.45 petang.

BETAPA INDAHNYA RAMADHAN

Betapa Indahnya Ramadhan... 
1. Rumah Allah menjadi tumpuan.. Penuh sesak.. Meriah sekali..
2. Wajah2 Mu`min kelihat bercahaya... ceria n manis ... 
3. Kurangnya pencemaran udara... asap rokok
4. Ringan tulang untuk beribadat
5. Badan terasa makin sihat...
6. Dapat luangkan masa untuk makan berasma keluarga... Sahur 
7. Makan bersama ahli jemaah ... Iftar

Sabtu, 7 Ogos 2010

صوم رمضان

 وجوب صوم رمضان

قال الله تعالى { يا أيها الذين آمنوا كُتِبَ عليكم الصيام كما كُتِبَ على الذين من قبلكم لعلكم تتقون  {.

وعن طلحة بن عبيد الله أنَّ أعرابيّاً جاء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ثائر الرأس فقال: يا رسول الله أخبرني ماذا فرض الله عليَّ مِن الصلاة ؟ فقال : الصلوات الخمس إلا أن تطوع شيئاً ، فقال : أخبرني ما فرض الله عليَّ مِن الصيام ؟ فقال : شهر رمضان إلا أن تطوع شيئاً فقال : أخبرني بما فرض الله علي من الزكاة ؟ فقال : فأخبره رسول الله صلى الله عليه وسلم شرائع الإسلام ، قال والذي أكرمك لا أتطوع شيئاً ولا أنقص مما فرض الله عليَّ شيئا فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أفلح إن صدق - أو دخل الجنة إن صدق" - رواه البخاري LAGI...

HADITH BERKENAAN PUASA

Mungkin hasil yang diraih seorang shoim (yang berpuasa) hanya lapar dan haus, dan mungkin hasil yang dicapai seorang yang shalat malam (qiyamul lail) hanyalah berjaga. (HR Ahmad dan Hakim)

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)

Barangsiapa berbuka puasa Ramadan sehari tanpa rukhshah (alasan yang dibenarkan) atau sakit, maka tidak akan dapat ditebus (dosanya) dengan berpuasa seumur hidup dia melakukannya. (HR Bukhari dan Muslim) LAGI...

Jumaat, 30 Julai 2010

CERAMAH AMBANG RAMADHAN

Masjid Kalai Insya Allah Akan mengadakan Ceramah Agama

Isra` Mi`raj/ Nisfu Sya`ban dan Ambang Ramadhan

Pada : 
Malam Ini

Tarikh : 
30/07/2010

Masa : 
Bermula dengan Solat Maghrib Berjemaah

Tempat : 
Dewan Utama Masjid Kalai

Tuan2 n Puan2 dijemput hadir.

** Jamuan Laksa Disediakan **

Sabtu, 24 Julai 2010

PERLAWANAN SEDANG BERLANGSUNG




Kojohanan Sepak Takraw Tertutup dapat memupuk perasaan kekitaan dan mahabbah sesama anak mukim...

Tuan2 dijemput menyaksikannya... Bermula jam 9.00 pagi tadi... 
Perlawanan sedang berlangsung. Setiap pasukan sedang mempersembahkan permainan terbaik mereka. Apa yang menariknya ialah setiap mereka di sertai seorang pemain negara jiran. perlawanan dijangka dapat ditamatkan sebelum masuk waktu maghrib petang ini.. 
Pemenang akan membawa pulang medal dan Piala Pusingan Masjid Kalai.

Jawatankuasa pemuda masjid juga merancang untuk mengadakan kejohanan peringkat belia antara  masjid pula pada masa akan datang... Insya Allah..

Rabu, 21 Julai 2010

KEJOHANAN TAKRAW MASJID KALAI

Jawatankuasa Masjid Kalai Bersama Biro Pembangunan Belia Masjid akan menganjurkan perlawanan Sepak Takraw sebagaimana berikut :
Tarikh : 22/07/2010
Masa : Bermula 8.30 pagi
Tempat : Gelanggang Masjid Kalai

Hadiah : Medal dan Piala Pusingan 

Yuran Pendafataran : RM6/ Pasukan
Penyertaan : Terbuka kepada semua anak mukim kalai sahaja
Pemain : Setiap pasukan boleh mengandungi hanya seorang sahaja warganegara asing
Etika : Sila Berpakaian Menutup Aurat

Segala keputusan pengadil @ Penganjur adalah muktamad

Sila hubungi: 
En Sabri ~0199689237
En Pawi ~ 0139141318
En Sawal ~ 0139056695

*** SEMOGA DENGAN PENGANJURAN INI AKAN MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA ANGGOTA KOMUNITI DI KALAI INI *** 

Jumaat, 16 Julai 2010

Askar + Ore Kalai







Kerja2 membersih kawasan perkuburan dan mengecat pagar masjid sedang dilakukan..

Kerja2 gotong royong sedang rancak berjalan.. terima kasih kepada Pegawai Memerintah Rejimen Sempadan Batu Melintang dan Anggota yang terlibat... Terima kasih juga kepada Semua anak Mukim Kalai.. Semoga Kita semua diberkati Allah.. Dimurahkan rezki dan diberi kelapangan dalam kehidupan.. Amiin..

Selasa, 13 Julai 2010

RFC : KEBANGGAAN KITA

Menteri Besar Kelantan, Dato Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat akan merasmikan RFC Kubang Kerian, Kelantan pada 25 JULAI 2010, jam 2.00 petang. RFC tersebut terletak berhadapan dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Mulai 10hb Julai 2010, RFC KUBANG KERIAN telah dibuka untuk orang ramai. Sambutan hari pertama amat mengalakkan

Jika ke sana.. anda akan dapat rasakan.. bagaimana pelbagai produk n servis muslim 100% yang disediakan.. Jom..!

Ahad, 11 Julai 2010

BELIA MASJID

Jawatankuasa Pembangunan Belia Masjid Kalai telah merancang beberapa program khusus untuk BELIA MASJID.. Ini bagi memastikan generasi mudanya tidak jauh terpisah dari masjid.. Antaranya :
1. Mengajurkan perlawanan Sepak Takraw (Gelanggang Masjid)
2. Menubuhkan Team Futsal Masjid untuk perlawanan antara masjid (Jajahan Jeli)
3. Mengaktifkan kembali kelanggang yang terbantut disbbkan kerja pembinaan
3. Akan mempelbagaikan aktiviti kesukanan/riadhah/rehlah

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi :
1. 0199689237 (En Sabri)
2. 0139056695 (En Syawal)
3. 0139141318 (En Pawi)

CUCI KUBUR

Gotong royong membersih kawasan perkuburan kalai bersama Anggota Tentera Rejimen Sempadan Kem Batu Melintang.. Pada 16/07/2010.. Hari Jumaat.. Jam 8.30 pagi.. Semua Anak Mukim dijemput hadir.. Sila bawa peralatan yang sepatutnya.. terima kasih.. muafakat membawa berkat..

SIAP





AlhamduliLlah....
Akhirnya garaj baru dapat juga disiapkan dengan kerjasama pemuda masjid.. pihak kami amat berterima kasih kepada semua yang terlibat..
Namun kami masih memerlukan sumbangan bagi kerja2 pendawaian elektrik serta membina satu ruang komputer .. Jawatankuasa masjid bercadang untuk mengadakan kemudahan komputer/internet bagi kemudahan komuniti di sini..
Insya Allah.. Jika kita terus bekerjasama tiada suatupun yang mustahil untuk untuk dilaksanakan..

Sabtu, 10 Julai 2010





Kelas MGS Amat Menyeronokkan bagi anak2 kita... Lihatlah bagaimana komitednya mereka sepanjang kelas berlangsung..

Pihak pengurusan masjid insya Allah akan mengadakan majlis penutup untuk MGS 2010 pada 31 Julai ini.. Cepatnya masa berlalu.. pejam celik.. pejam celik.. Kelas MGS 2010 dah nak melabuhkan tirainya.. Terima kasih kepada ibu/bapa/penjaga yang ambil cakna dengan program Membina Generasi Solat untuk anak2 mereka yang dianjurkan ini..

Seramai 60 orang pelajar akan di anugerahkan sijil penyertaan pada majlis penutup nanti. selain itu kami juga akan menyampaikan hadiah untuk peserta terbaik.. kehadiran penuh.. dan beberapaa acara lagi akan dipertanding/ dipersembahkan pada majlis itu. Kita harapkan pada sessi 2011 dan seterusnya penyertaannya lebih memberangsangkan..

Selasa, 6 Julai 2010

RENUNGAN

Seorang ustaz membacakan kitab di masjid memberitahu jemaah, Islam mengharuskan poligami. Justeru, lelaki yang berkemampuan boleh berkahwin lebih daripada satu.

Namun, di sebalik itu, media memaparkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama yang berkaitan dengan wanita membantah poligami.

Polemik antara hukum agama, adat dan emosi manusia nyata memberi kekeliruan kepada sebahagian umat Islam, apatah lagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Islam.

Apakah pantas hukum yang dibenarkan Allah boleh dicantas oleh mulut manusia hanya sekadar mahu membela atau menjaga hak asasi wanita?
lagi

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

النكاح شرعًا: عقدٌ يتضمنُ إباحةَ وطءٍ بلفظِ إنكاحٍ، أو تزويجٍ، أو بترجمته.

والأصلُ فيه قبل الإجماعِ ءاياتٌ كقوله تعالى:{فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَعَ{3} }[سورة النساء]، وأخبارٌ كخبر: "تَنَاكَحُوا فإنّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الأُمَمَ يَوْمَ القِيَامَةِ" رواهُ البيهقيُّ والترمذيُّ.

والنكاحُ يُسنُّ لمن به حاجةٌ إليه معَ القدرة على الأُهَب، وهو أن يجدَ الشخصُ: المهرَ، وكسوةَ فصلٍ، ونفقةَ يوم النكاح، تحصينًا للدين؛ وأمّا غيرُ المحتاجِ إليه فإن فقد أهبتَهُ كُرِهَ له، فإن احتاج إلى شخصٍ يخدِمُه يستأجرُ استئجارًا.

ويُسنُ في الزوجة:

* أن تكون ديّنة، لخبر الصحيحين: "تُنْكَحُ المرأةُ لأربعٍ: لمالِها ولجمالِها ولحسبِها ولدينِها، فاظفر بذاتِ الدين تَرِبَتْ يداكَ" رواه البخاريّ، ومسلم، وأبو داود، والنسائي، وابن ماجه.

* وأن تكون بكرًا، فنكاحُ البكرِ أفضل من نكاحِ الثيّب. lagi