Bekerjalah Untuk Islam!!! وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسـوله والمؤمنون
الاسلام يعلو ولا يعلى عليه
“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)
Isnin, 27 September 2010
Kematian & Keinsafan
Adik iparku SU dalam kenangan... Jam 01:15am 19/09/2010 telah kembali seorang hamba Allah,Suria Bt Jalil (800219 01 5510) ke rahmatuLlah.. Ipar kesayanganku pergi dalam usia yang masih muda..30 tahun.. meninggalkan buat selamanya di alam dunia ini seorang Suami yang penyayang Nazrol Zamani Bin Yusuf(Adikku) serta putra pintar n waja Muhammad Nuzul Firdaus(Anak saudaraku).. beliau telah mendahului kedua ibubapa, suami dan kami semua menuju ke alam baqa`. Dengan berbekalkan usia yang dianugerahkan Tuhan beliau telah menunjukkan banyak kejayaan dalam membentuk sakhsiyyah keluarganya kalaupun tidak semua...AyahBonda, Chik, Shah sempat bersama manatang seraya menatap saat pemergiannya salain suami tercinta...Joe... sempat mengajarnya mengucap kalimah toyyibah... لا اله الا الله.. dalam dakapan penuh mesra.. Pemergianmu seakan seorang pejuang yang mendepani penat jerih mengharungi benua.. berjihad menyelamatkan iman,budi dan nilai kehidupan yang penuh makna untuk seisi keluarga.. Semasa hayat.. Su pernah berpesan... Tolong besarkan 'Aus' (Firdaus) dengan Bi'ah islamik.. Asuhkanlah dia dengan didikan agama.. jangan jadi seperti mereka diluar sana.. kehidupan akan hancur tanpa pengamalan dan penghayatan nilai agama.. Tolong besarkan Aus dengan Pendidikan Agama Di Kelantan.. Agar kehidupannya lebih berkmakna dan dapat membantu mama nanti.. Kalau boleh biarlah jadi seorang hafiz Al-Quran macam Pak Uda (Adikku) Terima kasih Su.. semoga harapanmu terlaksana... impianmu menjadi nyata... mudah-mudahan ruh mu sentiasa dicucuri rahmatNya...Insya Allah.. Kami sekeluarga akan berusaha memenuhi segala hajat dan impian murnimu.. Al-Fatihah.. AY mohon maaf kerana tersedu n tak leh teruskan penulisan ini...sebak mula memenuhi dada...Kalau ada masa AY akan sambung semula cetusan rasa ini..##SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN##