Bekerjalah Untuk Islam!!! وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسـوله والمؤمنون
الاسلام يعلو ولا يعلى عليه
“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)
Isnin, 20 September 2010
Paksu Wil Kalai... Dalam kenangan
Al-Fatihah...Pada 10.40 malam 10 Syawwal 1431/19 Sept 2010 Tn Hj Ismail Bin Dolah (Lebar) - al-marhum telah kembali kerahmatullah.. Beliau merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Masjid Kalai yang begitu komited dengan apa jua program yang anjurkan.Dalam keadaan uzur pun selagi terdaya beliau akan cuba kuatkan diri untuk mengikuti ceramah2 atau apa jua program yang dianjurkan. terkadang beliau minta untuk bertenggek (membonceng) motosikal belia2 di si sini. Kalu tidakpun Paksu (arwah) akan bertongkat untuk ke masjid.. kalu tak dak sampai ke masjid juga tu. maknanya beliau tiada di kampung atau uzur yang amat sangat.Sebaik sahaja jemaah masjid tamat membaca yasin semalam.. saya masih sempat lagi untuk berbual-bual dengan ahli keluarganya. namun tak sampai sepuluh minit balik dumah saya dimaklumkan (oleh Che Musa-anak sauda arwah) beliau telah selamat kembali ke rahmatullah.Jenazah Allah yarham telah selamat disemadikan di perkuburan islam mukim kalai jam 12.00 tengahari tadi. Alhamdulillah bilangan jemaah solat jenazah pun melebihi 40 orang..Beliau adalah satu ikon yang patut dicontohi.. seorang yang istiqamah dengan masjid. semoga ruh nya sentiasa dicucuri rahmat.. Amiin..