Sepanjang 20 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam, realitinya Negeri Kelantan telah banyak menerajui dan memimpin perubahan serta mendahului di dalam pelagai aspek pembangunan. Ia merupakan suatu nilai kejayaan kepimpinan YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar.
Mengimbau sejarah sambutan seumpama ini, pihak Kerajaan Negeri pernah mengadakannya kali pertama bersempena tahun ke-3 (1993) dan kali kedua bersempena tahun ke-10 (2000). Maka, sambutan kali ke-3 ini merupakan penerusan dan bersempena dengan genap 20 tahun kepimpinan ulama' menerajui pentadbiran Negeri Kelantan berteraskan Membangun Bersama Islam.
Matlamat sambutan ini adalah seperti berikut:
1. Memperingati 20 tahun rekod dan pencapaian mentadbir Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam.
2. Memberi peluang kepada pelbagai agensi Kerajaan Negeri, parti dan swasta/NGO mempamerkan aktiviti dan kejayaan masing-masing.
3. Mendedahkan maklumat dan isu-isu pembangunan negeri untuk tatapan umum daripada pelbagai lapisan rakyat tentang program dan projek yang dilaksanakan sepanjang 20 tahun.
Acara Sambutan