الاسلام يعلو ولا يعلى عليه

“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)

SELAMAT DATANG KE LAMAN MASJID KALAI.. MASJID KITA...TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN IDEA.. TENAGA.. MATERIAL.. YG TELAH ANDA SUMBANGKAN. 0139466288(Pengerusi Masjid) >> nazriyusuf@ymail.com..

Selasa, 12 Oktober 2010

PENDIDIKAN AGAMA TONGGAK KEUTUHAN UMMAH

Permohonan Masuk Pelajar Ke Tingkatan Satu Maahad/ Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan Tahun 2011
Ahad, 03 Oktober 2010 03:58

PERMOHONAN

1.1 Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 1998 adalah layak memohon masuk Maahad/Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan.

1.2 Permohonan boleh dibuat di mana-mana Maahad/ sekolah Yayasan Islam Kelantan .

1.3 Borang permohonan boleh didapati di Maahad/Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan yang berkenaan dengan mengemukakan salinan surat beranak.

1.4. Keputusan UPSR adalah diambil kira.

1.5 Permohonan dibuka mulai 03.10.2010 (Ahad)


UJIAN KEMASUKAN / PENGASINGAN KELAS :

2.1 Semua pemohon wajib menduduki Ujian Kemasukan.

2.2 Tarikh dan masa Ujian Kemasukan / Pengasingan Kelas akan ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.3 Perkara yang diuji :

2.3.1 Ujian Lisan :

Al - Qur’an - 60 markah
Jawi - 40 markah

2.3.2 Ujian Bertulis:

Jawi, Al - Qur’an dan Asas Pengetahuan Agama Islam - 100 markah

2.4 UPSR

2.4.1 Salinan keputusan UPSR yang telah disahkan hendaklah diserah ke pejabat sekolah sebaik sahaja keputusan UPSR diumumkan.

2.4.2 Markah

A = 10 Markah
B = 5 Markah

KEPUTUSAN

3.1 Keputusan ujian adalah diumumkan oleh pihak sekolah berdasarkan Ujian Kemasukan / Pengasingan Kelas yang dijalankan.


PENGESAHAN

4.1 Pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan di sekolah pada tarikh yang ditetapkan oleh sekolah berkenaan.


LAPOR DIRI

5.1 Tarikh lapor diri akan ditetapkan oleh pihak sekolah berkenaan.

Pengarah
Yayasan Islam Kelantan