KUALA LUMPUR, 31 Okt: Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.
Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.
"Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat.
"Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan," katanya.lagi
Bekerjalah Untuk Islam!!! وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسـوله والمؤمنون
الاسلام يعلو ولا يعلى عليه
“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)
Ahad, 31 Oktober 2010
Selasa, 26 Oktober 2010
Adik Ipar Tony Blair Peluk Islam

Adik ipar Tony Blair telah masuk Islam setelah mempunyai pengalaman suci ‘di Iran.
Penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43 – dari adik Cherie Blair sekarang memakai tudung yang menutupi kepala setiap kali dia meninggalkan rumah nya, solat lima kali sehari dan melawat masjid tempatan ‘ketika saya boleh’.
Dia memutuskan untuk menjadi seorang Muslim enam minggu lalu setelah melawat makam Fatima al-Masumeh di kota Qom.
“Ini adalah malam Selasa dan saya duduk dan merasa ini suntikan spiritual, hanya kebahagiaan mutlak dan sukacita,” kata dia The Mail pada hari Ahad.
Ketika ia kembali ke Inggeris, dia memutuskan untuk menukarkan segera.
“Sekarang Saya tidak makan babi dan saya membaca Al-Quran setiap hari. Saya sedang di halaman 60. Saya juga tidak minum minuman keras selama 45 hari, tempoh terpanjang dalam 25 tahun, “katanya.
‘Hal yang aneh adalah bahawa sejak saya memutuskan untuk menukarkan saya tidak mahu menyentuh alkohol, dan saya adalah seseorang yang mendambakan segelas wain atau dua pada lewat hari. “
Menolak untuk kemungkinan bahawa ia mungkin mengenakan burka, dia berkata: “Siapa yang tahu di mana perjalanan rohani saya akan membawa saya?”
Sebelum sampai untuk ziarah di Iran, ia telah ‘simpati ‘ untuk Islam dan telah menghabiskan banyak masa bekerja di Palestin. ‘Saya selalu terkesan dengan kekuatan dan kemudahan itu memberi, “kata dia agama.
Miss Booth, yang bekerja untuk Press TV, saluran berita berbahasa Inggeris Iran, telah menjadi pengacara perang di Iraq.
Pada bulan Ogos 2008, beliau pergi ke Gaza dengan kapal dari Cyprus, bersama-sama dengan 46 aktivis yang lain, untuk membuat dokumentasi sekatan Israel ke atas wilayah itu.
Dia kemudian di bawa masuk ke Israel dan Mesir. lagi
Ahad, 24 Oktober 2010
Filem Hina Islam Di Malaysia
fajridil.blogspot.com - Kelmarin, sementara menunggu bas yang saya akan naiki untuk pulang ke Terengganu, saya sempat menonton sebuah filem di rumah abang saya di ibu kota. Filem tersebut berjudul “From Paris With Love”.
Adegan Hina Islam
Baru beberapa minit menontonnya, tampak jalan ceritanya sama seperti filem box-office sebelum ini yang berjudul "B13". Misi agen perisik menyelamatkan negara. lagi

Qurban dan Nas2 Berkaitan Dengannya
Soalan: KETIKA ini, banyak iklan mengenai ibadat korban dipaparkan. Bolehkah ustaz menjelaskan hukum melakukan korban? Apakah ada dalam al-Quran dan hadis?
YUSRI,Ukay Perdana.
Jawapan: Allah SWT berfirman dalam surah al-Haj ayat 36 yang bermaksud: "Dan Kami jadikan unta sebahagian daripada syiar agama Allah untuk kamu, menyembelih unta yang ada kebaikan bagi kamu, oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas 3 kakinya, maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta.."
Dalam surah lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban." (surah al-Kauthar ayat 2).
Berkorban atau mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan menyembelih haiwan tertentu pada Aidiladha dan dua atau tiga hari sesudahnya adalah antara tuntutan agama yang ditegaskan dalam ayat al-Quran di atas.
Imam Abu Hanifah menilainya wajib bagi setiap orang yang mampu berdasarkan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah beliau berkata: "Sesiapa yang memiliki kemampuan dan tidak mahu berkorban, maka hendaklah ia tidak mendekati tempat solat kami."
Menurut fahaman penganut mazhab Hanafi, ancaman ini menunjukkan wajibnya berkorban. Mazhab lain pula menilainya sebagai sunat muakkad (iaitu sunat yang amat ditekankan melakukannya) berdasarkan sekian banyak hadis. Antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, "Aku diperintahkan berkorban, sedangkan itu sunat bagi kamu sekalian."
Ibn Abbas berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tiga perkara yang menjadi kewajipan atas diriku dan ketiganya adalah sunat bagi kamu sekalian, iaitu (solat) witir, menyembelih korban dan solat Duha."
Menurut Mazhab Syafie, sunat ini cukup dilaksanakan sekali seumur hidup. Di samping itu, disunatkan pula setiap ketua keluarga atau seorang ahli keluarga berkorban untuk dirinya (sekiranya belum dilakukan) atau atas nama seorang ahli keluarganya. Kalangan ulama juga sepakat bahawa haiwan yang boleh dikorbankan mestilah unta, lembu atau kerbau. Haiwan-haiwan itu boleh dikongsi iaitu seekor bagi tujuh orang. Kambing pula tidak boleh dikongsi iaitu seekor seorang.
Haiwan itu selayaknya yang sihat dan sempurna, baik jantan mahupun betina. Mengenai hukum memakan daging korban yang disembelih, majoriti ulama membolehkannya. Jika korban itu dilakukan untuk memenuhi nazar, maka imam Abu Hanifah dan imam Syafie melarang orang yang bersangkutan dan keluarganya memakan dagingnya. Dalam mazhab Maliki, Hambali dan Hanafi disunatkan bagi orang yang berkorban untuk menggabungkan antara memakannya dan membahagikannya. Bahkan, seandainya dia memakan semuanya atau menyimpannya selama tiga hari kemudian, maka yang demikian itu dibolehkan menurut Mazhab Hanafi dan Maliki, walaupun hukumnya makruh.
Bagi Mazhab Hanafi dan Hambali, disunatkan untuk membahagi daging korban, iaitu sepertiga untuk diri dan keluarganya, sepertiga untuk teman-teman (walaupun kaya) dan sepertiga untuk fakir miskin.
Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam ayat 36 surah al-Haj yang bermaksud: "...Kemudian jika ia (haiwan yang dikorbankan itu) tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta…"
Imam Malik tidak menetapkan kadar tertentu. Penganut mazhab ini berpegang pada sekian banyak hadis yang menganjurkan agar memakan, memberi makan dan menyisihkannya untuk disimpan. Hadis yang dimaksudkan itu terkandung dalam kitab, antaranya Kitab Nayl al-Awtar yang diriwayatkan Imam Muslim bahawa Nabi SAW bersabda: "Aku tadinya melarang kamu semua menyimpan daging korban lebih tiga hari kerana adanya addhafat. Kini, sudah datang kelapangan daripada Allah. Maka simpanlah semahu kamu."
Menjual sesuatu yang berkaitan dengan haiwan korban tidak dibenarkan sama ada kepala, daging, kulit atau bulunya. Seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa menjual daging haiwan korban, maka tidak ada (iaitu tidak sah) korbannya." Hadis ini riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi. Begitu juga tidak dibenarkan memberikannya sebagai upah kepada penyembelih. Tetapi harus memberikannya sebagai hadiah kepadanya atau kepada orang yang wajar menerimanya.
Selain itu, yang berkorban atau yang lainnya dapat memanfaatkan kulit haiwan korban untuk dibuat tabuh atau produk lain. Wallahua’lam.
by:al-bakriah.com.my/

Dunia Diperintahkan Melayani Hamba yang Taat Beribadah
Meski semua telah tertulis di zaman azali, manusia tetap diperintahkan untuk berikhtiar menjemput kebaikan. Tak ada satu kebaikan pun yang diraih dengan berpangku tangan. Semua itu meniscayakan adanya sebuah gerak, usaha, dan akselarasi.
Diam hanya akan membuat seseorang berkubang dalam penderitaan dan kegagalan. Jika kita adalah seorang pedagang atau pebisnis, mutlak untuk melakukan sesuatu. Sebaik-baik ikhtiar manusia adalah merujuk pada syariat-Nya, sebagai Zat yang mengatur kehidupan. Ikhtiar berikut boleh disebut sebagai kunci pelaris bagi usaha perniagaan kita.lagi
by:putra juragan

Sabtu, 23 Oktober 2010
Qiam Jamaie Sempena 20 Thn Kerajaan Islam
Kehadiran kira2 600 orang muslimin & muslimat dari pelosok jeli untuk Bertahajjud dan Solat Hajat di Masjid Bandar Jeli pg tadi cukup membanggakan. Penyertaan yang begitu ramai adalah diluar jangkaanku. Inilah hasil yang ditanam kerajaan Islam. Setelah sekian lama mantadbir negeri.. menguruskan pelbagai pusat pendidikan islam.. menutup pintu judi arak dan sebagainya.. Maka rakyat, tanpa dipaksa akan turut terpanggil dan tergerak hati untuk sama2 mensyukuri ni`mat 20 tahun pentadbiran kerajaan.
Majlis dimulakan seawal jam 4.30 pg td. Solat diimamkan oleh Al-Fadhil Us Khairul Azizi (Imam Masjid Bandar Jeli) Manakal manakala tazkirah pula disampaikan Oleh Us Hj Abdullah Yaacob (ADUN Ayer Lanas). Khabarnya nasi yang disediakan pun "Nyapuh" x berapa nak cukup. Tapi mereka ke sana bukan kerana nasik. Sedangkan minyak kereta dan masa sanggup dikorbankan. inikan pula nasi 1 bungkus..
Pagi tadi JHAEIK khabarnya menganjurkan program serupa di semua masjid bandar dalam negeri kelantan. Tahniah JHAEIK..
Jumaat, 22 Oktober 2010
Aturcara Sambutan 20 Tahun Kerajaan Islam
Pada 20 Oktober 2010, genaplah usia 20 tahun pentadbiran Negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama' dengan amalan dasar Membangun Bersama Islam.
Sepanjang 20 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam, realitinya Negeri Kelantan telah banyak menerajui dan memimpin perubahan serta mendahului di dalam pelagai aspek pembangunan. Ia merupakan suatu nilai kejayaan kepimpinan YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar.
Mengimbau sejarah sambutan seumpama ini, pihak Kerajaan Negeri pernah mengadakannya kali pertama bersempena tahun ke-3 (1993) dan kali kedua bersempena tahun ke-10 (2000). Maka, sambutan kali ke-3 ini merupakan penerusan dan bersempena dengan genap 20 tahun kepimpinan ulama' menerajui pentadbiran Negeri Kelantan berteraskan Membangun Bersama Islam.
Matlamat sambutan ini adalah seperti berikut:
1. Memperingati 20 tahun rekod dan pencapaian mentadbir Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam.
2. Memberi peluang kepada pelbagai agensi Kerajaan Negeri, parti dan swasta/NGO mempamerkan aktiviti dan kejayaan masing-masing.
3. Mendedahkan maklumat dan isu-isu pembangunan negeri untuk tatapan umum daripada pelbagai lapisan rakyat tentang program dan projek yang dilaksanakan sepanjang 20 tahun.
Acara Sambutan

Festival Busana Muslim???
Penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu. Amat memalukan dan mendapat bantahan hebat oleh pecinta islam.. Tahniah kepada mereka yang peka dengan penghinaan ini. Gambar menunjukkan tulisan محمد yang ditulis terbalik. Adakah ini model pakaian muslimah yang sejati dan menepati kehendak agama. Ia amat jelas menghina dan meruntuhkan islam itu sendiri. Sedarlah!!!
Selasa, 12 Oktober 2010
PENDAFTARAN MASUK KE SEK AGAMA
Pendaftaran masuk ke Sekolah Agama seluruh Kelantan telah dibuka sekarang. Bagi penduduk sekitar Batu Melintang... Adalah dicadangkan untuk mendaftar masuk anak-anak/ jagaan ke SMU(A) Al-Diniah Batu Melintang. Untuk pendaftaran Online klik di sini atau hubungi pihak sekolah pada hari dan waktu pejabat.
PENDIDIKAN AGAMA TONGGAK KEUTUHAN UMMAH
Permohonan Masuk Pelajar Ke Tingkatan Satu Maahad/ Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan Tahun 2011
Ahad, 03 Oktober 2010 03:58
PERMOHONAN
1.1 Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 1998 adalah layak memohon masuk Maahad/Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan.
1.2 Permohonan boleh dibuat di mana-mana Maahad/ sekolah Yayasan Islam Kelantan .
1.3 Borang permohonan boleh didapati di Maahad/Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan yang berkenaan dengan mengemukakan salinan surat beranak.
1.4. Keputusan UPSR adalah diambil kira.
1.5 Permohonan dibuka mulai 03.10.2010 (Ahad)
UJIAN KEMASUKAN / PENGASINGAN KELAS :
2.1 Semua pemohon wajib menduduki Ujian Kemasukan.
2.2 Tarikh dan masa Ujian Kemasukan / Pengasingan Kelas akan ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.3 Perkara yang diuji :
2.3.1 Ujian Lisan :
Al - Qur’an - 60 markah
Jawi - 40 markah
2.3.2 Ujian Bertulis:
Jawi, Al - Qur’an dan Asas Pengetahuan Agama Islam - 100 markah
2.4 UPSR
2.4.1 Salinan keputusan UPSR yang telah disahkan hendaklah diserah ke pejabat sekolah sebaik sahaja keputusan UPSR diumumkan.
2.4.2 Markah
A = 10 Markah
B = 5 Markah
KEPUTUSAN
3.1 Keputusan ujian adalah diumumkan oleh pihak sekolah berdasarkan Ujian Kemasukan / Pengasingan Kelas yang dijalankan.
PENGESAHAN
4.1 Pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan di sekolah pada tarikh yang ditetapkan oleh sekolah berkenaan.
LAPOR DIRI
5.1 Tarikh lapor diri akan ditetapkan oleh pihak sekolah berkenaan.
Pengarah
Yayasan Islam Kelantan

Selasa, 5 Oktober 2010
SUMBANGAN KOMPUTER
Jawatankuasa masjid kalai mengucapkan terima kasih kepada En Lan Kuala Terengganu kerana telah menghadiahkan sebuah komputer untuk masjid ini... terima kasih juga kepada Tok Ngulu Din (Setiausaha Masjid) kerana berusaha untuk mendapatkan sumbangan daripada kawan lama beliau. Kami berharap lebih banyak penderma yang akan menyumbangkan komputer (baru/terpakai) untuk kegunaan komuniti masjid kalai ini. Pihak pengurusan masjid kalai terlah bersetuju untuk mengadakan sudut CC dalam perkarangan masjis ini bagi kemudahan anak mukim..
Langgan:
Ulasan (Atom)