Bekerjalah Untuk Islam!!! وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسـوله والمؤمنون
الاسلام يعلو ولا يعلى عليه
“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)
Isnin, 27 September 2010
Kematian & Keinsafan
Adik iparku SU dalam kenangan... Jam 01:15am 19/09/2010 telah kembali seorang hamba Allah,Suria Bt Jalil (800219 01 5510) ke rahmatuLlah.. Ipar kesayanganku pergi dalam usia yang masih muda..30 tahun.. meninggalkan buat selamanya di alam dunia ini seorang Suami yang penyayang Nazrol Zamani Bin Yusuf(Adikku) serta putra pintar n waja Muhammad Nuzul Firdaus(Anak saudaraku).. beliau telah mendahului kedua ibubapa, suami dan kami semua menuju ke alam baqa`. Dengan berbekalkan usia yang dianugerahkan Tuhan beliau telah menunjukkan banyak kejayaan dalam membentuk sakhsiyyah keluarganya kalaupun tidak semua...AyahBonda, Chik, Shah sempat bersama manatang seraya menatap saat pemergiannya salain suami tercinta...Joe... sempat mengajarnya mengucap kalimah toyyibah... لا اله الا الله.. dalam dakapan penuh mesra.. Pemergianmu seakan seorang pejuang yang mendepani penat jerih mengharungi benua.. berjihad menyelamatkan iman,budi dan nilai kehidupan yang penuh makna untuk seisi keluarga.. Semasa hayat.. Su pernah berpesan... Tolong besarkan 'Aus' (Firdaus) dengan Bi'ah islamik.. Asuhkanlah dia dengan didikan agama.. jangan jadi seperti mereka diluar sana.. kehidupan akan hancur tanpa pengamalan dan penghayatan nilai agama.. Tolong besarkan Aus dengan Pendidikan Agama Di Kelantan.. Agar kehidupannya lebih berkmakna dan dapat membantu mama nanti.. Kalau boleh biarlah jadi seorang hafiz Al-Quran macam Pak Uda (Adikku) Terima kasih Su.. semoga harapanmu terlaksana... impianmu menjadi nyata... mudah-mudahan ruh mu sentiasa dicucuri rahmatNya...Insya Allah.. Kami sekeluarga akan berusaha memenuhi segala hajat dan impian murnimu.. Al-Fatihah.. AY mohon maaf kerana tersedu n tak leh teruskan penulisan ini...sebak mula memenuhi dada...Kalau ada masa AY akan sambung semula cetusan rasa ini..##SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN##
Isnin, 20 September 2010
Paksu Wil Kalai... Dalam kenangan
Al-Fatihah...Pada 10.40 malam 10 Syawwal 1431/19 Sept 2010 Tn Hj Ismail Bin Dolah (Lebar) - al-marhum telah kembali kerahmatullah.. Beliau merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Masjid Kalai yang begitu komited dengan apa jua program yang anjurkan.Dalam keadaan uzur pun selagi terdaya beliau akan cuba kuatkan diri untuk mengikuti ceramah2 atau apa jua program yang dianjurkan. terkadang beliau minta untuk bertenggek (membonceng) motosikal belia2 di si sini. Kalu tidakpun Paksu (arwah) akan bertongkat untuk ke masjid.. kalu tak dak sampai ke masjid juga tu. maknanya beliau tiada di kampung atau uzur yang amat sangat.Sebaik sahaja jemaah masjid tamat membaca yasin semalam.. saya masih sempat lagi untuk berbual-bual dengan ahli keluarganya. namun tak sampai sepuluh minit balik dumah saya dimaklumkan (oleh Che Musa-anak sauda arwah) beliau telah selamat kembali ke rahmatullah.Jenazah Allah yarham telah selamat disemadikan di perkuburan islam mukim kalai jam 12.00 tengahari tadi. Alhamdulillah bilangan jemaah solat jenazah pun melebihi 40 orang..Beliau adalah satu ikon yang patut dicontohi.. seorang yang istiqamah dengan masjid. semoga ruh nya sentiasa dicucuri rahmat.. Amiin..
Selasa, 7 September 2010
Qiam Ramadhan Subur
Alhamdulillah.. pada malam 27 Ramadhan baru2 ini.. walaupun pertama kali program Qiamullail diadakan.. namum berjaya menarik lebih 40 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.. Apa yang menariknya.. Mereka yang tidur di rumah masing2 pun turut menyertainya.. terima kasih semua.. boleh dikatakan hampir setiap malam ada dikalangan anak mukim yang beriktikaf di masjid ini..
Sabtu, 4 September 2010

MAJLIS BUKA POSA DI MASJID KALAI
Semua Anak Mukim Kalai & Ore Yg Terjengok Blog Ini Di Jemput :
- Maghi Pakat Buka Posa D`Masjid Kalai
- Pada Ptg Ini
- 3/9/2010
- Datanglah Beramai-ramai...

"tq BERITA HARIAN ATAS SUMBANGAN YG D`BRI"
QIAM JAMA`IE
Masjid Mukim Kalai buat julung kalinya akan menganjurkan Qiamullail Ramadhan...
Semua anak mukim di alu-alukan menyertai program
Anjuran: Lajnah Pembangunan Islam & Da`wah Masjid ini.
- Tentatif
Semua anak mukim di alu-alukan menyertai program
- Qiam Ramadhan
- Pada 3/9/2010 (hari ini)
- Pendaftaran - Solat Asar Berjemaah
- Di Masjid Mukim Kalai
- Sila hubungi : Tuan Bilal/En Kamarudin/ En Syawwal
Anjuran: Lajnah Pembangunan Islam & Da`wah Masjid ini.
- Tentatif
- Pendaftaran
- Solat Asar
- Taklimat
- Gotong Royong
- Iftar Jamaie
- Solat Maghrib
- Rehat
- Solat Isyak n Terawih
- Tayangan
- Tido
- Qiam
- Sahur
- Solat Subuh
- Kuliah Subuh
- Bersurai
Langgan:
Ulasan (Atom)