كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Al-Baqarah [216] Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.Belajarlah menerima perintah dan ketentuan Ilahi. Kerana disebalik perintah, ada hikmah. Disebalik penderitaan tersembunyi kenikmatan. Disebalik kelemasan banyak kelapangan.. Apapun ... percayalah tiada siapa dapat menjangkau apalagi menjengkal iradat dan ilmu Allah.
Akal cetek manusiawi pantas memikirkan apa yang dekat dan terpampang.. tetapi Akal nurani menembusi dan merentasi segala.