Seminar ini dirasmikan Ketua Pegawai Pembangunan MAIK , En Nik Mohd Noor Hj Nik Ishak bagi mewakili Dato` Timb Yang Dipertua MAIK.
Kertas Kerja 1 dibentangkan oleh Ybrs TuanHj Ismail Sayudina (Ketua Pegawai Agama MAIK) antara lain menyarankan agar masjid2 :
- Memprogramkan acara bulanan - eg: Ceramah dsb supaya diikuti semua lapisan anak
mukim di masjid..
- Mempelbagaikan tema ceramah agar meliputi semua kumpulan komuniti
- Menggunakan medium terkini dalam penyebaran maklumat eg: penggunaan LCD Projektor dsb supaya audience bukan sahaja menadah telinga.. tetapi juga mata mereka menikmati sama setiap suapan ..
Kertas Kerja 2 pula dibentangkan Dr Mohd Aderi Che Soh (Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM).
Beliau memfokuskan bagaimana untuk para Imam/ Pegawai yang mentadbirkan masjid secara langsung boleh memeranankan jentera jawatankuasanya untuk merealisasikan murad Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) sebagaimana yang dipiawaikan. Secara umumnya standard penarafan ini dilihat kepada empat komponen utama :
- Komponen Pengurusan
- Komponen Pengimarahan
- Komponen Kemudahan Prasarana
- Komponen Persekitaran