الاسلام يعلو ولا يعلى عليه

“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)

SELAMAT DATANG KE LAMAN MASJID KALAI.. MASJID KITA...TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN IDEA.. TENAGA.. MATERIAL.. YG TELAH ANDA SUMBANGKAN. 0139466288(Pengerusi Masjid) >> nazriyusuf@ymail.com..

Ahad, 30 Mei 2010

Seminar Penarafan Standard Masjid Malaysia

Kelmarin, Bertempat di Dewan Jubli Perak, Panji, Kota Bharu:
Merupakan program untuk meng 'Up-Date'kan masjid2 kelantan mengikut piawaian JAKIM & MAIK. Seminar ini dehadiri semua imam negeri kelantan. Intipatinya cukup bagus jika pihak pengurusan masjid menterjemahkan garapan itu ke mukim masing2.

Seminar ini dirasmikan Ketua Pegawai Pembangunan MAIK , En Nik Mohd Noor Hj Nik Ishak bagi mewakili Dato` Timb Yang Dipertua MAIK.

Kertas Kerja 1 dibentangkan oleh Ybrs TuanHj Ismail Sayudina (Ketua Pegawai Agama MAIK) antara lain menyarankan agar masjid2 :
  • Memprogramkan acara bulanan - eg: Ceramah dsb supaya diikuti semua lapisan anak mukim di masjid..
  • Mempelbagaikan tema ceramah agar meliputi semua kumpulan komuniti
  • Menggunakan medium terkini dalam penyebaran maklumat eg: penggunaan LCD Projektor dsb supaya audience bukan sahaja menadah telinga.. tetapi juga mata mereka menikmati sama setiap suapan ..
Kertas Kerja 2 pula dibentangkan Dr Mohd Aderi Che Soh (Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM).
Beliau memfokuskan bagaimana untuk para Imam/ Pegawai yang mentadbirkan masjid secara langsung boleh memeranankan jentera jawatankuasanya untuk merealisasikan murad Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) sebagaimana yang dipiawaikan. Secara umumnya standard penarafan ini dilihat kepada empat komponen utama :
  • Komponen Pengurusan
  • Komponen Pengimarahan
  • Komponen Kemudahan Prasarana
  • Komponen Persekitaran


Sabtu, 29 Mei 2010

PERKONGSIAN BIJAK

Pada 28/29 Mei 2010 satu program menarik yang dinamakan PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang) diadakan di Hotel Raudhah Kota Bharu. Antara yang menarik perhatian ialah :
1. Ummat islam seharusnya sedar bahawa pemakanan merupakan proses terpenting dalam menentukan keSyurgakah kita atau sebaliknya. كل لحم نبت من الحرام فالنار أولى به
2. Penghasilan produk kegunaan seharian daripada usahawan muslim setakat ini cuma dalam peratus yang amat kecil dan terhad
3. Setiap kita bertanggung jawab menentukan barangan kegunaan harian betul2 halal. (rujuk : buku Halal dan Haram dll yg dikeluarkan PPIM dan CAP)
4. Punca remaja keras hati (antara faktornya) ialah makanan yang kurang bersih/halal.
5. Sudah ujud sebuah syarikat bumiputera muslim dengan beberapa keistimewaannya telah menghasilkan pelbagai produk bukan setakat kopi atau ubatan sahaja bahkan mencakupi semua keperluan harian untuk dijadikan pilihan utama.
6. dan terlalu banyak lg untuk diceritakan.. Sila Klik Di Sini

Khamis, 27 Mei 2010

YANG BERAT SAMA DIPIKUL


Muafakat membawa berkat. Akhirnya para jemaah sepakat bergotong royong menggunakan segala kemudahan untuk menyelesaikan kebuntuan, kerja2 mengisi air kolah dan membersihkan bilik air masjid. Terima kasih anak mukimku

Rabu, 26 Mei 2010

Masalah Air Masjid

Salam kemaafan...
Saya bagi pihak pengurusan masjid mohon maaf kerana dalam tempoh seminggu ini kita mengalami masalah air.. agak kritikal.. justeru itu ianya banyak menyusahkan pengguna dan ahli jemaah.. insya Allah pada malam jumaat 27/05/2010 kita akan bermesyuarat bagi mencari jalan dan menyelesaikan masalah bersama. semoga berkat sumbangan kerjasama kita.. manfaatmya akan dapat dirasai semua.. pohon kerjasama.. terima kasih..
tuan2 diharap panjangkan perkara ini kepada para jemaah..

Jumaat, 21 Mei 2010

Kemuliaan Yang Kian Dilupakan

Disebabkan kita meninggalkan peringatan...
"Kamu adalah sebaik2 ummat yg dimunculkan untuk ummat manusia, kamu bertanggung jawab menyuruh / menyeru kearah kebaikan serta mencegah kemungkaran, juga berpegang/ beriman dengan Allah"
Ali-Imran : 110
maka ummat islam kini langsung tidak dihormati kawan apatah lagi lawan...

Selasa, 18 Mei 2010

INTERNET THOYYIBAH




Setiap saat manusia dapat mengelilingi dunia sbanyak 5x. Itulah kepantasan dunia internet. Dunia dihujung jari. Dunia tanpa sempadan.. Di sana terdapat banyak kebaikan apa lagi keburukkan.. Justeru itulah pelancaran "Internet Thoyyibah" pada 3 Jumadil al-Akhir 1431= 17 Mei 2010 merupakan suatu sejarah serta keajaiban yang wajib disokong oleh semua pihak..
Inilah kehebatan gabungan Intelektual Profesional Ulama` Umara`.. mereka mendepani dunia dalam banyak hal. Ianya terbukti dalam melahirkan perisian yang mampu menapis segala kebejatan maklumat semasa (Lucah, Pornogfi & seumpamanya) daripada dilayari. Ini adalah suatu usaha "Amar Ma`ruf Nahi Mungkar" dalam konteks dunia kini. Kepada petungkus lumus ini sepatutnya dikalungkan setinggi2 penghargaan .. Allahu Akbar..
Tahniah kepada Tuan Guru Dato` Bentara Setia (Menteri Besar Kelantan) dan Dr Mohamed Awang Lah (Ket Peg Aksekutif, JARING Com) kerana berjaya melancarkan " INTERNET THOYYIBAH".. Semoga manfaatnya dapat dirasai sama oleh lebih 100,000 pelayar internet di Negeri Serambi Mekah ini.

Jumaat, 14 Mei 2010

Pendaftaran MGS





Sekitar majlis penyerahan anak/peserta MGS Kalai kepada Mudarris.
Ibu/bapa kelihatan amat gembira dengan pengajuran seumpama ini terlaksana. Walaupun pihak pengurusan masjid peringkat awal menghadkan jumlah 45 orang sahaja. Namun kami terpaksa menerima sehingga 50 peserta.
Sekiranya pertambahan terus berlaku, maka kami memikirkan untuk membuka 2 kelas pada minggu depan agar kursus yang berjalan lebih efektif..

Selasa, 11 Mei 2010

PERJUMPAAN MGS

Assalamualaikum...
Bagi melicinkan Kelas Membinan Generasi Solat (MGS), maka Jawatankuasa Masjid akan mengadakan perjumpaan/ mesyuarat bersama Ibu/Bapa/Penjaga peserta insya Allah sebagaimana ketentuan berikut :
Tarikh : 14/05/2010
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Masjid Mukim Kalai

Semua Ibu/Bapa/Penjaga dijemput hadir. terima kasih.

Jumaat, 7 Mei 2010

Mutiara Jumaat

ٌقال رسول الله صلى الله علبه وسلم "بدأ اسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبا للغربأ فقيل من هم يا رسول الله؟ قال"الذين يصلحون اذا فسد الناس" :رواه مسلم و أحمد.... وفي رواية "الذين يصلحون ما أفسد الناس من سنتي.. وفي روابة "النزاع من القبائل
Islam Mulai Datang Dengan Keadaan Dagang Dan Ganjil.. Dan Islam Juga Akan Kembali Dengan Dagang Dan Ganjil Pula Sebagaiman Permulaannya.. Maka Berbahagialah Orang-Orang Yang Asing Dan Ganjil Dikala Itu.. ".. Tanya Sahabat "Siapakah Mereka Itu Wahai Rasulullah?" Baginda Menjawab.. " Orang-Orang Yang Masih Baik Ketika Orang Lain Telah Rosak." .Menurut Riwat Tazmizi " Orang Yang Dagang Ialah.. Mereka Yang Menghidupkan SunnahKu Sedang Orang Lain Melupakan @ Merosakkannya."
Menurut Riwayat Yang Lain Pula " Orang Yang Dagang Itu Ialah Mereka Yang Terpencil Dari Kumpulan2 Yang Ramai."..

Khamis, 6 Mei 2010





Antara gambaran program yang diadakan kelmarin sempena Hari Bersama Pegawai PTJ di Kalai. Klimaks nya ialah program solat dan tazkirah di masjid mukim kalai. terima kasih kepada semua anak mukim yang berusaha untuk melibatkan diri dalam program ini.. samada secara langsung mahupun tidak..

Rabu, 5 Mei 2010

BERSAMA DO

Salam Berkunjung ke Blog Masjid Kalai..

PADA HARI INI. 5 Mei 2010..Tuan2/ Puan2 semua dijemput untuk bersama dengan Pegawai dari Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli, Penggawa2 serta Penghulu dalam Jajahan Jeli .


Bagi memeriahkan majlis, semua anak mukim kalai diharap dapat melibatkan diri secara aktif dalam program Sehari Bersama Pegawai PTJ Jeli ini,

Antara acara yang di adakan ialah :
  1. Kutipan Hasil Tanah (Di Masjid Kalai) - 11.00 pg - 3.00 ptg
  2. Perlawanan Bola Sepak , Pegawai PTJ vs Penghulu2 Jeli - 5.00 ptg (Padang SKK)
  3. Solat Magrib Berjemaah di Masjid Kalai
  4. Tazkirah dan Solat Isya` di Masjid Kalai
    Pihak pengurusan masjid juga menyediakan sedikit jamuan untuk tetamu masjid pada malam ini. (sumbangan Penggawa Batu Melintang)
"SILA JEMPUT DAN WARWARKAN KEPADA SEMUA TEMAN BERKENAAN PROGRAM INI"

Selasa, 4 Mei 2010

Rasulullah saw bersabda :
"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan umrah sunat" HR At-Tabaraani

Sabtu, 1 Mei 2010

Ringankan Beban







Garaj motosikal Masjid Kalai.. Masih memerlukan suntikan kewangan bagi menyiapkannya.
Kami Jawatankuasa Masjid membuka peluang kepada para dermawan untuk sama-sama menyumbang bagi menyiapkan pembinaan garaj yang sedang dibina ini