الاسلام يعلو ولا يعلى عليه

“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)

SELAMAT DATANG KE LAMAN MASJID KALAI.. MASJID KITA...TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN IDEA.. TENAGA.. MATERIAL.. YG TELAH ANDA SUMBANGKAN. 0139466288(Pengerusi Masjid) >> nazriyusuf@ymail.com..

Khamis, 28 Januari 2010

Komited Jawatankuasa Masjid

Saya merasa terharu dengan komitmen yang diberikan oleh semua Ahli Jawatankuasa Masjid ini. Sungguhpun colection mingguan cuma lebih kurang RM170 ( RM700/bulan) mereka tetap membantu dengan segala kemampuan yg ada bagi kepentingan masjid ini. contohnya Gelanggan Takraw dan Badminton, ia dibina sebagai penghargaan terhadap belia yg turut memenuhi ruang masjid setiap kali program keagamaan diadakan selain menarik golongan remaja dan belia yg belum lg mesra dgn masjid.
Kami terus merancang untuk membina garaj, kolam, landskap dan lain-lain dengan gotong royong. dengan harapan ianya akan lebih dihargai & diberkati.
Justeru itu sebarang bentuk sumbangan serta cadangan amatlah dihargai