الاسلام يعلو ولا يعلى عليه

“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)

SELAMAT DATANG KE LAMAN MASJID KALAI.. MASJID KITA...TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN IDEA.. TENAGA.. MATERIAL.. YG TELAH ANDA SUMBANGKAN. 0139466288(Pengerusi Masjid) >> nazriyusuf@ymail.com..

Jumaat, 29 Januari 2010

Disanjungi Rakyat




"Inilah gambaran sebenar pemerintah yg mamayungi rakyat


Kelantan.. Mana ada seorang raja yg bersahaja & beperwatan warak lagu ni.." Inilah antara suara yg ku dengar sementara menunggu keberangkatan tiba Tg Pemangku Raja Kelantan utk menunaikan solat jumaat di masjid bandar jeli siang td.




Rakyat kelantan, khususnya amat Jeli terharu dengan kemesraan Tuanku dalam menyelami jiwa rakyat jelata.. "Junjung kasih atas kunjungan"







Khamis, 28 Januari 2010

Komited Jawatankuasa Masjid

Saya merasa terharu dengan komitmen yang diberikan oleh semua Ahli Jawatankuasa Masjid ini. Sungguhpun colection mingguan cuma lebih kurang RM170 ( RM700/bulan) mereka tetap membantu dengan segala kemampuan yg ada bagi kepentingan masjid ini. contohnya Gelanggan Takraw dan Badminton, ia dibina sebagai penghargaan terhadap belia yg turut memenuhi ruang masjid setiap kali program keagamaan diadakan selain menarik golongan remaja dan belia yg belum lg mesra dgn masjid.
Kami terus merancang untuk membina garaj, kolam, landskap dan lain-lain dengan gotong royong. dengan harapan ianya akan lebih dihargai & diberkati.
Justeru itu sebarang bentuk sumbangan serta cadangan amatlah dihargai

Selasa, 26 Januari 2010

Pembetulan Musafahah Al-Quran

Kelas Al-Quran bagi Muslimat tdk lg diadakan sebagaimana jadual biasa ekoran sambutan yg amat menggalakkan (lebih 60 org setakat ini). Pihak pentadbir terpaksa membahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap dan diadakan sebagaimana berikut:
1. A-Quran : Jumaat, Sabtu, Ahad, Selasa, Khamis (3.00 - 5.30 pm)

2. Fardhu Ain dan Berzanji : Isnin dan Rabu (3.00 - 4.30 pm)

Syukur dan terima kasih atas sambutan yg diberikan.
Harap maklum.. Terima kasih..

Ahad, 24 Januari 2010

مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة انبتت سبع سنابل في كل سنبلة مأة والله يضاعف لمن يسشأ والله واسع عليم
Perbandigan orang2 yg membelanjakan hartanya pada sabiliLlah (kebajikan) seperti sebiji benih yg menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengeluarkan seratus bijian. Dan Allah boleh melipat gandakan kurniaan dan pahalaNya terhadap mereka yang dikehendakinya. Allah maha luas pemberiannya lg amat mengetahui dengan niat serta suara hati para hambanya..

Alhamdulillah





Alhamdulillah... Syukur.. Setelah bertungkus lumus akhirnya berjaya jg kami siapkan gelanggang sebagaimana yg dirancang..

Sabtu, 23 Januari 2010

Jumaat, 22 Januari 2010

Ahli Jawatankuasa Masjid

Pengerusi - Muhd Nazri Hj Yusuf
Timb Pengerusi - En Che Mat Nasir Hj Ya
Setiusaha - En Kamarudin Ismail
Bendahari - En Ariffin Che Hat
AJK-
- En Mazin Bin Ismail
- Tn Hj Rashid Che Teh
- En Sanusi Awang Besar
- Tn Hj Lah Che Moh
- En Mohd Ali Ab Hamid
- En Ab Hamid Hj Salleh
- En Sabri Yusuf
- En Ab Rahman Che Kar
- Pn Asmadiah Harun

Biro Pelajaran & Da`wah

Ab Rahman Che Kar - Ketua
Che Mat Nasir Ya
Ab Rahman Mat
Izan Lah
Mohd Ropli

Biro Pembangunan, Kebersihan & Keceriaan

Rashid Che Teh - Ketua
Ab Hamid Salleh
Ismail Che Hassan
Mohd Ali Ab Hamid
Hj Lah Che Moh

Pembangunan Belia

Mohd Sabri Yusuf - Ketua
Rozmi Amsahwai Muhamad
Ridwan Mohd Aladdin
Mohd Sapawie Che Zahari
Mohd Zulkifli Seman

شكرا لكم

Terima kasih kepada dermawan yang telah menyumbangkan kewangan dan barangan kepada Biro Belia Masjid Kalai.. Jazakallahu khairan kathira kami ucapkan. Insya Allah pagi esok 8.30 am. 23/01/10 kami akan mula membina gelanggang badminton & takraw secara gotong royong dengan bersumberkan dana yang tuan2 hulurkan itu.. Sebanyak RM670 termasuk simen berjaya dipungut daripada 5 dermawan yang berjiwa besar..

Isnin, 18 Januari 2010

Hadis Hari Ini

قال النبي صلى الله عليه وسلم
ان الصدقة إذا خرجت من يد صاحبها يقول بخمسة كلمات: اللاولى كنت صغيرة فكبرتني والثانية كنتَ حارسي فالآن كنتُ حارسك والثالثة كنتُ عدوا فأحببتني والرابعة كنت فانية فأبقيتني والخامسة كنت قليلة فكثرتني

Apabila sedekah itu keluar dari tangan pemberinya, maka ia berkata dengan lima ayat:
1. Aku dulunya kecil maka engkau perbesarkan daku
2. Dulu engkaulah penjagaku, sekarang aku pula yang menjaga kamu
3. Dulu aku adalah musuh, maka engkau jadikan kekasih
4. Dulu aku merupakan barang yang fana, maka engkau telah mengekalkan aku
5. Dulu aku hanya sedikit, lalu engkau jadikan aku banyak

Jumaat, 15 Januari 2010

Pengalaman Pertama


Terima kasih anak mukimku.. kalian telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap phenomena semasa.. ada yang mengatakan "inilah kali pertama ambo semaye gerhana"
foto 4.08pm daripada falak online

Pengalaman Pertama


Terima kasih kepada semua anak mukimku... kedatangan kalian menampakkan komited yang utuh terhadap phenomena semasa.. semoga Allah ampunkan setiap dosa yang kita lakukan.. Ada di antara kami yang mengatakan "inilah kali pertama ambo sembahyang gerhana"
4.08 pm tadi..sumber Falak Online

Rabu, 13 Januari 2010

Bubur Asyura


Bubur Asyura SMAD 2009.. Mula dijeram seawal jam 8.00 am..

Ahad, 10 Januari 2010

Info Solat Gerhana

Solat Gerhana Insya Allah akan diadakan sebagaimana ketetepan berikut :

Tarikh : 15/01/2010
Hari : Jumaat
Jam : 3.00 Petang (dicadangkan datang lebih awal)
Tempat : Masjid Mukim Kalai

Sila jemput semua teman/keluarga & kenalan anda..

ingat... Ia adalah sunat muakkad (dituntut) seperti solat 2 Hari Raya juga

SOLAT GERHANA

Cara Solat Gerhana Matahari

Cara melihat gerhana

Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta. lebih lanjut
Suasana ketika Gerhana Matahari Separa.

Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan 'kurang' terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.

Khamis, 7 Januari 2010

Hijrah

Tempat menumpahkan bakti khusus untuk anak2 bangsa tersayang.

Kebanggaan Kami

Sekolah yang kini dalam agenda kami

Isnin, 4 Januari 2010

Program makan-makan




Suasana meriah tengahari tadi sempena jamuan majlis kesyukuran yang diadakan di Dewan Kuliah Pejabat Agama Jajahan Jeli. Turut hadir Tuan Ketua Jajahan, Tuan Qadhi, Para Imam dan tetamu undangan.. makanan pun sedap2 belako..
Terima daun keladi atas jemputan.. he3..

Pendaftaran Pelajar Baru



Sessi persekolahan 2010 telah bermula..
Alhamdulillah.. Akhirnya sekolah agama tetap menjadi pilihan ibu/bapa dan pelajar.. semoga anda berjaya dalam hidup dunia dan lebih2 lagi akhirat.. tahniah...
selamat datang ke Sek Men Ugama(Arab) Al-Diniah Bt Melintang