الاسلام يعلو ولا يعلى عليه

“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)

SELAMAT DATANG KE LAMAN MASJID KALAI.. MASJID KITA...TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN IDEA.. TENAGA.. MATERIAL.. YG TELAH ANDA SUMBANGKAN. 0139466288(Pengerusi Masjid) >> nazriyusuf@ymail.com..

Ahad, 27 Disember 2009

Sumbangan Segera Diperlukan

Kamai Ahli Jawtakuasa masjid Mukim Kalai memerlukan sumbangan daripada dermawan sekelian untuk :
  1. Membina 2 garaj baru 16' x 60' dan 16' x 40' (RM10,000)
  2. Menyiapkan ruang memasak 20' x 25' (RM5,00)
  3. Membina gelanggang badminton dan sepaktakraw dalam kawasan masjid (RM2,000)
  4. Membina kolam ikan (RM2,000)
  5. Satu set komputer untuk kegunaan pejabat (RM3,000)
    • Kesemuanya akan dibina secara gotong royong... insya Allah..
  • Memandangkan perkembangan positif para jemaah terhadap pengimarahan masjid ini. maka, kami bersama jawatan kuasa lujnah pembangunan, keceriaan dan kebersihan, lujnah pembangunan belia dan kesemua lujnah mengambil kata sepakat bagi memfokuskan kepada golongan belia/ remaja untuk terus membangun bersama masjid.
  • Jawatankuasa Pembangunan belia telahpun diaktifkan dan mereka memikirkan perlu adanya tempat remaja beriadah bagi membiasakan mereka berada di laman masjid setiap hari.
  • Ruang dapur yang digunakan untuk memasak setiap malam jumaat dan selasa serta ketika sambutan hari-hari kebesaran islam juga perlu disiapkan bagi memudahkan kerja2 dan penyimpanan peralatan yg digunakan.
  • Selain itu, untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pengurusan dan mukim, maka paling tidak kami memerlukan satu set komputer untuk kegunaan pejabat.
  • Harapan kami, kepada tuan2/ puan yg beriman, budiman dan dermawan kami amat mengalu-alukan sumbangan dan jariah seadanya yang dihulurkan dengan iringan doa.. semoga dimurahkan rezki.. bertambah keberkatan..