الاسلام يعلو ولا يعلى عليه

“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)

SELAMAT DATANG KE LAMAN MASJID KALAI.. MASJID KITA...TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN IDEA.. TENAGA.. MATERIAL.. YG TELAH ANDA SUMBANGKAN. 0139466288(Pengerusi Masjid) >> nazriyusuf@ymail.com..

Selasa, 29 Disember 2009

Keceriaan

Gotong Royong

Jentera turut digunakan oleh belia..

Para belia sedang melaksanakan gotong royong keceriaan masjid Kalai. Program bermula seawal jam 2.30 ptg sakni.




Para belia sedang melaksanakan gotong royong keceriaan masjid Kalai. Program bermula seawal jam 2.30 ptg sakni.

Gotong Royong Landskap

Anak mukim kalai dijemput menyertai gotong royong bagi keceriaan masjid sempena pengisian menyambut tahun 1431h iaitu kawasan pagar hadapan masjid luar dan dalam :
  • Pada hari selasa
  • 29/12/2009
  • Selepas solat zohor berjemaah di masjid
  • sebarang sponsor di alu-alukan
terima kasih...

Ahad, 27 Disember 2009

Sumbangan Segera Diperlukan

Kamai Ahli Jawtakuasa masjid Mukim Kalai memerlukan sumbangan daripada dermawan sekelian untuk :
  1. Membina 2 garaj baru 16' x 60' dan 16' x 40' (RM10,000)
  2. Menyiapkan ruang memasak 20' x 25' (RM5,00)
  3. Membina gelanggang badminton dan sepaktakraw dalam kawasan masjid (RM2,000)
  4. Membina kolam ikan (RM2,000)
  5. Satu set komputer untuk kegunaan pejabat (RM3,000)
    • Kesemuanya akan dibina secara gotong royong... insya Allah..
  • Memandangkan perkembangan positif para jemaah terhadap pengimarahan masjid ini. maka, kami bersama jawatan kuasa lujnah pembangunan, keceriaan dan kebersihan, lujnah pembangunan belia dan kesemua lujnah mengambil kata sepakat bagi memfokuskan kepada golongan belia/ remaja untuk terus membangun bersama masjid.
  • Jawatankuasa Pembangunan belia telahpun diaktifkan dan mereka memikirkan perlu adanya tempat remaja beriadah bagi membiasakan mereka berada di laman masjid setiap hari.
  • Ruang dapur yang digunakan untuk memasak setiap malam jumaat dan selasa serta ketika sambutan hari-hari kebesaran islam juga perlu disiapkan bagi memudahkan kerja2 dan penyimpanan peralatan yg digunakan.
  • Selain itu, untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pengurusan dan mukim, maka paling tidak kami memerlukan satu set komputer untuk kegunaan pejabat.
  • Harapan kami, kepada tuan2/ puan yg beriman, budiman dan dermawan kami amat mengalu-alukan sumbangan dan jariah seadanya yang dihulurkan dengan iringan doa.. semoga dimurahkan rezki.. bertambah keberkatan..

Rabu, 23 Disember 2009

Borang Tawaran

Borang sekolah YIK dibuka kepada semua pelajar klik di sini

Hadiah Kecemerlangan

Al-Fadhil Tuan Imam Mukim Gunung merangkap Pengerusi JPKS SMU(A) Al-Diniah Bt MelintangTuan Hj Ismail Daud diiringi pengetua Us Khairul Anuar dan Us Nazri (pagi tadi) sedang menyampaikan anugerah dan sijil kepada peserta kursus. Kelas intensif Al-Quran, Bahasa Arab dan Jawi sengaja diadakan begi mengisi kekosongan waktu pelajar yg tamat tahun 6/2009.
Beliau menyeru supaya ibu/bapa/penjaga peka dengan dunia semasa.
  1. Jadikan sekolah ini/ mana2 sekolah agama sebagai landasan utama dalam mendidik anak2
  2. Masa depan agama terletak di pundak anak2 kita hari ini
  3. Tahniah kepada ibu/bapa/penjaga yg berjaya hantar anak2 mengikuti kelas ini
  4. Takkan kita nak harapkan anak2 yang lemah (lembam) untuk membela agama
  5. Kepada siapa kita nak sandarkan harapan membela agama kalau tdk anak2 kita
  6. Anak yang soleh adalah harapan kita dihari tua/ kalu dh mati pun nk anak yg soleh.. KAN!!!
  7. Paling tidak pun lepasan sekolah agama diberi tanggungjawab mengajar Fardhu Ain di sekolah2.. bukannya lepasan sekolah aliran perdana
  8. Para da`i katanya " merasa sidikit kecil hati/ kecewa jika kita tdk alirkan anak2 ke aliran agama. Mereka ingin melihat agama terus terbela dan dijulang salayaknya.... siapa lg kalau bukan produk pendidikan islam"

Result PMR

Esok kabarnya result pmr akan keluar.. hak knalinnya buke plajar tp puak2 cgu.. " kalu cemerlang = budak bijak.. kalu teruk = cg2 tak ngajar/ tak panda ngaja" e2 lah ungkapan yg selalunya keluar d keda2 kopi/mana2.. pelajar dah mula htr msg/tel.. nk tau bila dorg leh amik result.. rupa2nya br kta sdar cuti pjg persekolahan dh nak abih.. byk lg bnda2 yg drancang utk musim ct ni x terlaksana..

Selasa, 22 Disember 2009

Paling setia

Datok Pa.. nama gelaran.. Inilah wajah ceria yang menggamit setiap tamu bila anda berkunjung ke masjid kami. Yang paling setia dgn masjid. sejak bertahun lalu tak pernah ponteng berjemaah walau 1 waktu sekalipun tanpa keuzuran/berada di luar mukim.. cukup mesra.. teman istimewa dan ikon kami di masjid ini.. tahniah pa..

Khidmat Percuma

Terima kasih daun keladi kepada jawatankuasa pembangunan belia masjid kalai (terutama keluarga paksu mat: Suni, syawal n sari) atas sumbangan anda kelmarin yang telah menyiapkan pendawaian letrik dengan percuma. kosnya kalu nk kira melebihi RM500.
Ruang ini digunakan untuk masakan para jemaah setiap malam jumaat n selasa. Semoga pengorbanan anda berbaloi dan diberkati allah.. tahniahhh!!!

Sabtu, 19 Disember 2009

Maal Hijrah


Sejarah tersendiri masjid!!! sambutan maal hijrah diadakan pada 1 muharram.. musim tengkujuh..
Walaupun hujan lebat.. meih2 nk boah.. namun orang ramai tetap setia dan komited dgn program ilmiah sebegini.. terima kasih kerana berhijrah dari rumah ke masjid.. mudah2an bertambah keberkatan dalam hidup anda..


Alhamdulliah penceramah sampai jg walaupun uje lbt bnar..

Ni pulak pengerusi majlis merangkap ajk lujnah dakwah. namanya pun comel.. ibrahim dakwah

Us Lie & Abe Jik turut hadir malam td... bersama anak2 mukim. penuh khusyuk


Walaupun hujan lebat.. meih2 nk banjir.. namun orang ramai tetap setia dan komited dgn program ilmiah sebegiti.. terima kasih kerana berhijrah dari rumah ke masjid.. mudah2an bertambah keberkatan hidup..

Rabu, 16 Disember 2009

Mesyuarat JK Da`wah

Mesyuarat telah bersetuju untuk :

1. Mengadakan kelas Al-Quran Dewasa Lelaki
  • Jumaat 3.00 - 6.00 Petang
  • Sabtu - selepas solat asar di masjid

2. Menganjurkan Ceramah Maal Hijrah
  • Pada Jumaat 18/12/2009
  • Selepas Solat Maghrib di Masjid Kalai
  • Di Masjid Mukim Kalai
  • Penceramah : Us Mohd Naim Ab Ghani

Isnin, 14 Disember 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil

Jawatankuasa Kecil Kemajuan Agama Mukim Kalai akan mengadakan mesyuarat insyaAllah sebagaimana ketentuan berikut :

  1. Lajnah Pelajaran Dan Dakwah - 15/12/2009
  2. Lajnah Kebajikan - 16/12/2009
  3. Lajnah Pembangunan Belia - 17/12/2009
  4. Lajnah Pembangunan, Kebersihan dan Keceriaan - 18/12/2009
  • Setiap mesyuarat akan diadakan selepas solat isyak berjemaah
  • Bertempat di masjid mukim kalai
  • Semua AJK diwajibkan hadir
Sekian. harap maklum..

Muslimin dan muslimat diharap dapat memberikan cadangan untuk pembangunan masjid ini. salurkan terus kepada Pengerusi Kemajuan Agama Masjid Mukim Kalai. 0139466288

Ahad, 6 Disember 2009

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa

Melalui mesyuarat yang telah diadakan, mesyuarat telah bersetuju untuk :

1. Mengangkat permohonan:
a. Membina bangunan tambahan
b. Membina gelanggang badminton dan takraw
c. Menaik taraf Garaj dan Tandas

2. Menyediakan kupon kepada mereka yang solat subuh di masjid (Pg Jumaat)

3. Menubuhkan/Menggerakkan seoptimum mungkin Jawatakuasa Kecil Lajnah:
a. Kebajikan
b. Pembangunan dan Keceriaan
c. Dakwah
d. Pembangunan Belia

Gelanggang Takraw


Gelanggang Badminton


Jumaat, 4 Disember 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA

Assalamualaikum...

Kepada
Semua Ahli Jawatankuasa Masjid Kalai
Tuan/Puan dijemput kemesyuarat tersebut yang insya Allah akan diadakan sebagaimana berikut :
Pada : 4 Disember 2009 (Malam Sabtu)
Masa : Lepas Solat Isyak Berjemaah
Tempat : Dewan Mesyuarat Masjid Kalai

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Perkara Berbangkit
3. Laporan Lajnah
4. Laporan Kewangan
5. Muhasabah 2009
6. Perancangan 2010
7. Hal2 lain

Kehadiran Adalah Wajib

*** Jamuan Nasi Disediakan

Selasa, 1 Disember 2009

KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL

1) Keturunan Baginda amat mulia :
-Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a., daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluargakeluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”.
(Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih).
- Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan.

2) Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia enam tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w. telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu, Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa.

3) Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar).

4) Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.

5) Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Semasa usia remajanya, Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur. Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.

6) Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan pandangan yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah menjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Masa itu ka’bah dilanda banjir. . Baginda membentangkan kain selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu. Baginda kemudiannya menyuruh setiap kabilah memegang hujung selendang. Apabila mereka mengangkatnya dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan meletakkannya ke tempatnya dengan tangan Baginda. Mereka semua berpuashati.

7) Semasa remaja, Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan hidup mengikut landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik minat Khadijah untuk memberi tawaran kepada Baginda agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilah yang pergi ke kota Basra setiap tahun.

8) Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa cinta kepada Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira (sebuah bukit yang berdekatan dengan Makkah dan terletak di barat laut Makkah). Baginda berkhalwah di dalamnya selama sebulan kerana memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan sehingga datang wahyu dan turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda.