Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan
kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di
kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang
dikeluarkan pada 2 Nov lalu.
Bercakap di lobi Parlimen hari ini,
Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam
tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun
ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.
Lebih buruk lagi,
kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan
bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil
yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.
"Terdapat 2,180
anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk
isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada
pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."
Nurul Izzah
berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan
dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).
lihat