الاسلام يعلو ولا يعلى عليه

“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)

SELAMAT DATANG KE LAMAN MASJID KALAI.. MASJID KITA...TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN IDEA.. TENAGA.. MATERIAL.. YG TELAH ANDA SUMBANGKAN. 0139466288(Pengerusi Masjid) >> nazriyusuf@ymail.com..

Selasa, 20 Disember 2011

Berbicara Dengan Ilmu

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAN), Malaysia, menasihatkan penasihat agama menteri besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin, supaya kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.

Kenyataan Mohd Kamal Sadin, seperti mana dilaporkan di dalam media, di dalam forum di ibu pejabat MCA yang mengkritik Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.

Sebagai contoh, takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab.

Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebegai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain. Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.

Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan.

Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.lagi

Ahad, 20 November 2011

CERAMAH MENYABUT CUTI PERSEKOLAHAN

CERAMAH AGAMA 
AKAN DIADAKAN DI MASJID INI SEBAGAIMANA BERIKUT :

Tarikh
23 ZULHIJJAH 1432
20-NOV-2011
(AHAD - MALAM ISNIN)

Masa
BERMULA DGN SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

Tempat
DEWAN UTAMA MASJID MUKIM KALAI

Anjuran
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN

Makan
NASI KERABU ISTIMEWA (KELI/AYAM)
DISEDIAKAN


~~ SEMUA DIJEMPT HADIR ~~

Jumaat, 11 November 2011

Kawasan Lembah

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi  pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada  26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."

Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC). lihat

Isnin, 10 Oktober 2011

Perundangan Islam – Utamakan mencegah bukan menghukum

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(13
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ (14)- النساء: 13-14
Yang bermaksud : Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. – Surah Al-Nisa’, ayat 13-14
Tema sambutan Hari Hududullah pada tahun 1432 Hijrah ini ialah “Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman”. Bermakna perundangan Islam termasuk hukum hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat. 

 Oleh itu, di dalam al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 11 kali di dalam 7 ayat yang dirangkumi di dalam 5 surah yang berlainan. Satu ayat daripadanya membicarakan tentang hukum hakam puasa, tiga daripadanya tentang hukum cerai dan iddah, dan satu ayat lagi membicarakan tentang hukum faraid atau pembahagian harta pusaka, seperti mana ayat tersebut di atas. Kemudian, satu ayat juga menceritakan sikap orang-orang munafik yang suka melanggar hudud Allah dan satu lagi membicarakan tentang hukum zihar.
Penelitian terhadap ayat-ayat tersebut memberikan kefahaman kepada kita bahawa hudud bukanlah bermaksud hukuman ke atas penjenayah terhadap kesalahan-kesalahan seperti mencuri, berzina dan minum arak sahaja, tetapi lebih luas lagi ia mencangkupi semua batasan syariat yang ditentukan oleh Allah SWT.

Justeru, satu silap faham yang sangat dikesalkan apabila disebut hudud, maka digambarkan sebagai satu hukuman yang kejam terhadap pesalah. Malah dilabelkan pula sebagai undang-undang primitif yang ketinggalan zaman. Sedangkan setiap pekara yang dibatasi oleh syariat dengan hukum halal dan haram dalam kehidupan manusia adalah disebut “hududullah” (hudud Allah).

Contohnya makan minum, dihalalkan oleh Allah SWT tetapi memakan perkara yang haram dikira melanggar hudud Allah. Melunaskan tuntutan fitrah manusia untuk berpasangan dibenarkan oleh Allah SWT melalui ikatan perkahwinan dan diharamkan jika dilakukan melalui bersekedudukan tanpa berkahwin yang menyebabkan hubungan zina dan ia dianggap melanggar hudud Allah. Nyata sekali, setiap perkara yang haram, melanggar perintah Allah SWT, maka dianggap melanggar hudud Allah SWT. Rasulullah SAW mengumpamakan perbuatan melakukan perkara yang haram ini seperti menceroboh tanah larangan milik Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:
أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Yang bermaksud : Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rusak. Ketahuilah, itulah qalb.­ – Hadis riwayat Bukhari.
Kekeliruan
Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan di dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah. Maka hudud telah diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah. Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan: “Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan’ dan “akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina.” Paling dukacitanya, kata-kata itu terbit daripada bibir orang Islam sendiri. Sekalipun kata-kata itu sudah lama diucapkan, tetapi kesannya telah memberikan imej yang negatif terhadap undang-undang Allah SWT.

Hasilnya, masyarakat bukannya semakin dekat dengan Islam tetapi semakin jahil dan semakin jauh daripada syariat Islam yang sebenar. Syariat Islam bukannya dilihat indah dam cantik, tetapi dilihat primitif, ketinggalan zaman, ouf of date dan sebagainya. Tanggapan seperti ini bukan sahaja berlegar di kalangan non muslim bahkan masyarakat umat Islam sendiri masih keliru di dalam memahami keindahan syariat Islam yang sebenar.

Kekeliruan dan kejahilan ini bertambah parah apabila beberapa isu agama yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak ditangani sebagaimana yang diajar oleh Islam. Natijahnya, Islam semakin dipandang serong oleh masyarakat. Isu-isu seperti larangan non muslim memasuki masjid dan juga bacaan al-Quran di pembesar suara misalnya, ditangani dengan wajah yang lebih cenderung ke arah sentimen tanpa bimbingan ilmu yang sebenar. Hasilnya, sentimen yang dibakar bertambah panas sedangkan panduan sebenar Islam diketepikan.
Saya sifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan syariat Islam khususnya hudud merupakan golongan yang jahil dan tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri. Sekalipun mungkin mereka beragama Islam, tetapi Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah. Hakikatnya, menolak undang-undang syariah samalah ertinya dengan menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku Pentadbir alam ini. Kalaulah seorang warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menghina dan mempersendakan undang-undang tersebut, maka lebih besar kesalahannya jika seorang Islam berani mengkritik undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masa, orang ini bukan sahaja mencabar kebijaksanaan dan kekuasaan Allah S.W.T, tetapi boleh menjejaskan imannya sebagai seorang muslim.

Saya yakin, sebahagian besar daripada masalah ini ialah kerana kejahilan terhadap keindahan undang-undang Islam itu sendiri. Justeru, Kelantan mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan Hari Hududullah setiap tahun dan pada tahun ini pula diadakan seminar undang-undang syariah peringkat kebangsaan untuk memberikan pendedahan dari masa ke semasa kepada masyarakat agar apabila tiba saat dan masanya yang membolehkan hudud dilaksanakan, ia akan dilaksanakan dengan penerimaan dan kefahaman daripada masyarakat yang sudah terdidik dengan maklumat-maklumat yang benar.

Optimis
Saya optimis, jika wajah sebenar undang-undang syariah didedahkan, tidak akan ada suara-suara sumbang yang menolak pelaksanaannya nanti. Kata cerdik pandai tidak kenal maka tidak cinta.
Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar seminar ini dapat dilaksanakan dari masa ke semasa dan hendaklah dibuka penyertaannya kepada penyertaan masyarakat non muslim untuk datang mendengar dan mengemukakan persoalan agar setiap kemusykilan dapat dijawab oleh para ilmuan bukannya diperdebatkan di dada-dada akhbar sehingga menjadi isu politik yang bias.

Hasarat Kerajaan Negeri ialah untuk mempertingkatkan syiar Islam di Kelantan ini. Oleh itu, saya menyeru kepada semua jabatan kerajaan sama ada negeri atau pesekutuan agar sama-sama bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti iman di kalangan rakyat dengan berkerjasama menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dengan cara masing-masing. Mudah-mudahan kehidupan kita semua ini akan mendapat ihsan dan keberkatan dariNya.
Firman Allah SWT :
ولْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya”. –Surah Ali Imran, ayat 104.
Apa yang penting difahami bahawa hukum hudud ini bila dilaksanakan, bukannya pelaksananya adalah orang politik. Tetapi hakim yang akan menjatuhkan hukuman. Itupun setelah menjalani perbicaraan yang adil terlebih dahulu. Jadi tidak perlu untuk merasa gerun dan takut dengan hukum hudud kerana bimbang kononnya akan dikuasai oleh orang politik.

Justeru, saya mengharapkan agar tabiat menolak hudud ini dapat diperbetulkan agar jangan menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat. Jika gejala penolakan ini tidak dibendung, saya bimbang menjadi satu trend yang sebenarnya membawa kesan yang tidak baik terhadap akidah umat Islam.  Jangan merasakan ini sebagai satu isu yang mudah kerana mempertikaikan hukum hudud sebenarnya mempertikaikan Allah SWT.

Penegasan Allah
Sebagai mengingatkan kembali, hayatilah penegasan Allah mengenai hudud yang bertaraf “tilka” memberi makna kehormatan, ketinggian dan peringkat atasan dari segi keutamaannya. Bermakna ia perkara penting. Maka orang yang tidak menerima hudud Allah, orang itu adalah orang durhaka!
Hukuman-hukuman hudud akan dilaksanakan oleh orang yang pakar mengenainya. Penghukuman hudud ada orangnya yang kita panggil hakim. Ia adalah tugas hakim bukannya orang politik. Maka rakyat atau mereka yang ragu, tidak perlu bimbang.

Kita juga kena ingat balik kisah “riddah” pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah. Keputusan beliau ialah mengisytihar perang terhadap golongan riddah. Lalu Saidina Abu Bakar menegaskan: “Usahkan orang tidak mengeluarkan zakat, orang yang tidak beri ‘tali hidung’ (‘iqal) unta, aku akan perangi mereka.” Ia bermakna perbuatan yang bersifat durhaka itu tidak bolleh dibiarkan, kerana bila dibiarkan akan rosaklah masyarakat (orang ramai).

Sama juga, dengan seseorang itu yang membiarkan bacaan fatihah secara tidak betul tajwid, akan berterusan dengan tidak betul. Sedangkan kerana bacaan tidak betul itu, mwenyebabkan ia berubah makna atau menjadi makna yang tidak betul.
Akhirnya, rakaman tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah istiqomah dan sentiasa mengambil tanggungjawab menjayakan misi hududullah ini.
*Olahan daripada ucapan pada Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan, pada 22 Syawal 1432 bersamaan 20 September 2011, jam 10.40 pagi di Balai Islam Lundang, Kota Bharu

Jumaat, 23 September 2011

Bakpo Niih... ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan sejumlah 220 lagi warga asing daripada rang daftar pemilih di Selangor.

Mereka antara 222 orang yang dibantah PAS Paya Jaras - dalam parlimen Subang - dan didengar suruhanjaya berkenaan pada Selasa dan Rabu lalu.

Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS DUN itu Mohamad Fisal Mohamad Yusoff berkata, semua mereka memegang kod 71 dalam kad pengenalan penduduk tetap (PR) - kad pengenalan merah - sewaktu membuat semakan.
lagi

Isnin, 25 Julai 2011

KEM SOLAT BELIA MASJID

Pihak Pentadbiran Masjid Mukim Kalai
Dengan ini


Memohon Sumbangan Para Dermawan bagi menjayakan KEM SOLAT yang akan diadakan :
Pada : 27 - 28 Sya`ban 1432 bersamaan 29 n 30 Julai 2011
Lokasi : Pulau KESEDAR Taman Santuari Tasik Pergau, Jeli
Peserta : 50 Orang Belia
Anjuran : Masjid Mukim Kaial & Jawatankuasa Pembangunan Belia Masjid
Anggaran Perbelanjaan : RM3,300 (Tiga Ribu Tiga Ratus Sahaja)

 Modul Ceramah :
1. Solat Jenazah (Imam Masjid Kalai)
2. Kesempurnaan Solat (Pengetua )
3. Puasa Membentuk Jatidiri Muslim Unggul (Imam Masjid Bandar Jeli)
4. Senario Belia dan Peranan Belia Muslim Dlm Mengharunginya (Peg Agama Jeli)


Segala Sumbangan Bolehlah Disalurkan Secara Tunai Kepada :
0139725418 ( Pawi ) - Pengarah Program atau 
0139056695 (Syawwal) - Setiusaha atau 
0132385433 (Azman) - Bendahari 
atau Ke Akaun Masjid Mukim Kalai (BIMB : 03054010019264)

Ahad, 24 Julai 2011

KEM SOLAT BELIA MASJID KALAI

Biro Pembangunan Belia Akan Mengadakan "Kem Smart Solat" Pada 29 n 30 Julai 2011.
Kepada yg berminat,,,, Sila Hubungi 
0139725418 ( Pawi ) atau 
0139056695 (Syawwal) atau 
0132385433 (Azman) untuk keterangn lanjut.. Terima kasih..

Mohon Maaf

Kepada penjengok semua. Sya mohon maaf kerana telah lama tidak meng"Update"kan Blog ini. Tapi jangan putus asa menjengok. Kami akan mengakifkan kembali. insya Allah..

CERAMAH IHYA` RAMADHAN

AlhamduliLlah... walaupun hujan agak lebat tetapi sambutan penduduk stempat amat menggalakkan. Ceramah Ambang Ramadhan di masjid Kalai malam tadi di disertai lebih kurang 150 orang pendengar.

Pihak Jawatankuasa Masjid mengucapkan jutaan terima kasih atas kebersamaan anda dengan program yang dianjurkan pihak pentadbiran masjid ini.

Semoga ianya bermanfaat untuk kita merayakan Ramadhan Almubarak 1432 H.

Isnin, 2 Mei 2011

OSAMA BIN LADEN

Osama Bin Laden
Mengapa Amerika Sangat Membencinya?

Osama berubah dari seorang yang pernah bekerjasama dengan AS kini menjadi musuh yang paling dikehendaki di AS
Oleh
Ahmad Yani Abd Manaf

Selepas berlakunya serangan berani mati yang menggunakan pesawat kemersial di dua menara World Trade Centre (WTC) dan bangunan Pentagon di Washington hari selasa 11 September 2001 lalu, nama Osama bin Laden dan kumpulannya ”Tanzim Al-Qaedah” tiba tiba menjadi perhatian media cetak dan elektronik seluruh dunia. Senario ini hampir sama dengan kes pengeboman terhadap kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Nairobi (Kenya) dan Darussalam (Tanzania) tahun 1998, serta serangan terhadap kapal perang USS Cole di Aden (Yaman) tahun lalu, apabila nama Osama bin Laden dijadikan sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan ganas tersebut. Tidak hairanlah sekiranya ia menjadi orang yang paling dikehendaki oleh pihak AS, yang sebelum menjadi musuh Soviet Union semasa perang Afghaniastan tahun 1980an.

Sehingga kini Osama masih belum ditemui meskipun Iraq dan Afghanistan telah ditawan AS atas alasan memerangi keganasan.

Osama masih berkali kali menegaskan bahawa dirinya tidak terlibat dengan serangan ke atas WTC dan Pentagon, walaupun menyokong sebarang tindakan menyerang kepentingan AS dimana pun.

Siapa Osama bin Laden

Siapa sebenarnya Osama bin Laden yang kini kembali menarik perhatian dunia? Osama bin Laden berasal daripada sebuah keluarga usahawan kaya yang memiliki pelbagai syarikat pembinaan di Arab Saudi. Syarika pembinaan ini didirikan oleh ayah Osama, Muhammad bin Awwad bin Laden berbangsga Arab keturunan Yaman. Syarikat milik ayah Osama ini adalah syarikat pembinaan terkemuka yang telah berjaya membangunkan pelbagai projek infrastruktur, khususnya projek pembangunan jalan raya dan projek pembesaran Masjid Al-Haram di Makkah.

Muhammad bin Laden meninggal dunia dalam satu kemalangan pesawat semasa mengunjungi salah satu projek kepunyaannya di selatan Bandar Taif, Arab Saudi. Ia meninggalkan 64 putera dan puteri. Anak sulungnya bernama Salim bin Laden yang juga meninggal dunia dalam kecelakaan pesawat di Amerika Syarikat.

Osama bin Laden adalah anak bongsu Muhammad bin Laden daripada salah seorang isterinya, Arab keturunan Syria. Osama lahir dibandar Riyadh tahun 1957 dan menghabiskan usia kanak kanaknya di Madinah, sebelum berpindah ke Jeddah. Osama menamatkan pembelajaran di dalam bidang ekonomi dan pengurusan di Universiti King Abdul Aziz, Jeddah.

Sejak usia remaja, Osama cenderung aktif menyertai organisasi organisasi yang berorientasikan perjuangan Islam. Pada tahun 1973, ketika berusia 16 tahun, buat pertama kali dia berkenalan dengan sebuah organisasi yang agak radikal. Namun kecenderungan Osama bin Laden dalam gerakan radikal baru diakui selepas ia memasuki Afghanistan dan bergabung dengan para Mujahidin menentang pencerobohan Soviet Union pada awal tahun 1980.

Tetapi beberapa lama selepas memasuki Afghanistan, Osama kemudiannya memilih untuk menetap di Peshawar, bandar yang terletak di perbatasan Pakistan dengan Afghanistan. Di Peshawar ia bekerja dengan gurunya, Dr.Abdullah Azzam, disebuah organisasi yang menguruskan sukarelawan Mujahidin menentang pencerobohan Soviat Union dan mendirikan kem latihan tentera para sukarelawan Arab yang dikenali dengan nama ”Kamp Al-Ansar”.

Osama bin Laden melatih ribuan sukarelawan Arab di kem Al-Ansar yang berasal dari Mesir, Arab Saudi, Algeria, Lebanon, Kuwait, Tunisia, Sudan dan Palestin. Sukarelawan tersebut kemudian dikenali dengan nama ”Afghan Al- Arab”.

Perbelanjaan latihan di kem Al Ansar itu sebahagian besar dibantu oleh usahawan negara negara Arab yang bersimpati dengan penderitaan rakyat Afghanistan. Jasa terbesar Osama bin Laden dan pengikutnya dicatatkan dalam pertempuran membebaskan bandar Jalabad daripada cengkaman pasukan Soviet Union.

Osama dengan bekerjasama dengan seorang jurutera berasal dari Iraq, Mohammad Saad, berjaya membina sebuah ruangan pertahanan bawah tanah di sebuah kawasan perbukitan antara bandar Kabul dan Jalalabad. Ruangan tersebut selain dijadikan hospital merawat tentera Mujahidin yang cedera dalam pertempuran, ia juga dijadikan stor menyimpan senjata. Kejayaan membina ruangan bawah tanah tersebut menyebabkan pejuang Mujahidin mampu melakukan peperangan yang panjang melawan pencerobohan Soviet Union.
 
Bekerjasama dengan CIA


Walaupun terdapat sumber sumber yang menyebut bahawa Osama pernah menjalin kerjasama dengan CIA semasa pencerobohan Soviet Union di Afghanistan pada tahun 1980-an, tetapi belum dapat dipastikan dalam bentuk apa kerjasama tersebut. Osama sehingga saat ini masih menafikan adanya peranan CIA dalam melatih dan membekalkan senjata kepada pejuan Mujahidin yang dipimpinnya. Dari segi kewangan, Osama sememangnya tidak menghadapi masalah ketika itu kerana ia mempunyai simpanan kewangan sendiri, selain mendapat bantuan daripada beberapa jutawan Arab yang bersimpati dengan perjuangan rakyat Afghanistan. Hal ini mungkin berbeza dengan kumpulan pejuang Mujahidin yang lainnya, terutama kumpulan yang dipimpin Kalbuddin Hekmatyar yang dikenali mempunyai hubungan baik dengan CIA.

Namun diandaikan Osama mempunyai hubungan secara tidak langsung seperti menyusun perancangan bersama sebelum sesuatu serangan terhadap kedudukan Soviet Union dilakukan. Maksudnya, hubungan Osama dengan CIA diandaikan sekadar bertukar maklumat sebelum sesuatu serangan dilakukan.

Selepas Soviet Union terpaksa berundur dari bumi Afghanistan dan kumpulan Mujahidin terbabit perang saudara, Osama bersama para pengikutnya dari kumpulan Afghan Al Arab berhijrah ke Sudan dan Yaman. Ia kemudiannya kembali menumpukan perhatian membantu perniagaan keluarga. Ia berjaya mendapat projek pembangunan jalan raya di bandar Taif dan Abha, Arab Saudi.

Di Sudan Osama berpeluang membeli tanah pertanian yang cukup luas berhampiran Bandaraya Khartoum dan membangunkan apartmen di kawasan tersebut. Ia juga mendirikan syarikat pembinaan Al Aqiq yang berjaya mendapat penghargaan dari Presiden Sudan Omar Hassan Al Bashir dalam suatu acara rasmi di Bandaraya Khartoum, kerana berjaya melaksanakan projek pembinaan jalan raya di Sudan.

Namun selain AS dan sekutunya yang sentiasa mencurigai Osama, beberapa pemimpin Negara Arab seperti Mesir, Algeria dan Tunisia juga mempersoalkan peranan Osama yangh didakwa membantu gerakan Islam yang radikal yang mahu menjatuhkan kepimpinan beberapa negara berkenaan. Akhirnya pelbagai pihak memberi tekanan terhadap kerajaan Sudan dan Arab Saudi. Sudan diminta mengusir Osama, manakala Arab Saudi digesa menghentikan pemberian kontrak kepada syarikat yang ada kaitan dengan Osama.

Sudan pun akhirnya tunduk dengan tekanan pelbagai pihak sehingga terpaksa mengusir Osama dari negara tersebut. Kerajaan Arab Saudi mengikuti jejak Sudan dengan melucutkan kewarganegaraan Osama. Keluarganya di Arab Saudi juga terpaksa mengambil langkah langkah perlu. Abang kandungnya, Bakar bin Laden mengadakan sidang media di Arab Saudi dan mengistiharkan bahawa Osama bin Laden tidak ada kaitan lagi dengan dirinya dan syarikat milik keluarganya. Dinyatakan juga bahawa Osama tidak memiliki sebarang saham dalam syarikat keluarga.

Tersepit dengan tindakan kerajaan Sudan dan Arab Saudi, Osama terpaksa kembali semula ke Afghanistan, meminta perlindungan kumpulan Taliban yang telah menguasai sebahagain besar Wilayah di Afghanistan ketika itu. Semasa dibawah dibawah perlindungan kerajaan Taliban, Osama dan para pengikutnya kembali menjadi sorotan media antarabangsa apabila tuduhan mempunyai kaitan dengan serangan terhadap kepentingan AS di luar negara selama tiga tahun terakhir ini.

Tidak ada orang yang mengetahui secara pasti di mana kediaman tetap Osama di Afghanistan. Ada yang mengagak ia tinggal disuatu tempat tersembunyi berhampiran bandar Kandahar. Ada juga yang menyebut, dia berada di sekitar kawasan Jalalabad. Ada juga yang mengatakan ia tinggal di kawasan perbukitan bandar Kabul.

Bagaimana Osama boleh berubah dari seorang yang pernah bekerjasama dengan AS kini menjadi musuh yang paling di kehendaki AS? Osama terkenal sebagai seorang yang anti pencerobohan atau hegemoni kekuatan asing yang ingin kemaksakan kehendak mereka terhadap negara negara lemah. Sebab itu ia sanggup bekerjasama dengan AS menentang pencerobohan Soviet Union di Afghanistan. Osama juga menentang pencerobohan Iraq terhadap Kuwait tahun 1990, dan turut membantu AS mengusir Iraq dari bumi Kuwait. Malah Osama turut menolak pencerobohan As terhadap Somalia tahun 1992 dan hagemoni AS di Timur Tengah saat ini, terutama kehadiran pasukan tentera AS di kawasan Telok sejak kkrisis Telok tahun 1990. lagi

Isnin, 25 April 2011

JABATAN KESIHATAN

MUSLIMIN & MUSLIMAT 
DIJEMPUT KE MASJID MUKIM KALAI
PADA : 25/04/2011 (MALAM INI)
MASA : BERMULA SOLAT MAGRIB BERJEMAAH

MAJLIS : 
PENERANGAN JABATAN KERAJAAN DAERAH JELI 
( JABATAN KESIHATAN JELI )

~ PERSEGARAN DISEDIAKAN ~

Sabtu, 23 April 2011

Sambutan Jublli Emas Madrasah Al-Bakriah Pondok Pasir Tumbuh Cukup Meriah. Para Ulama` - Alumni dari seluruh pelusuk tanah air meluangkan masa bersama meraikannya. Tuan2 guru darpada Selatan Thai pung hadir sama. Mereka mengimbau kembali detik2 bersejarah selama menapak di sini. Di sinilah bermulanya mereka ditarbiah zahir dan batin. Pelbagai jenerasi lepasan pondok ini sempat bertemu sapa penuh mahabbah. 
Program padat tidak menjemukan.  Tahniah Pondok Pasir Tumbuh atas kejayaan menganjurkan sambutan ini.


Isnin, 28 Mac 2011

Maksu Limah Kembali Ke Rahmatullah

Pagi ini seorang lagi orang lama telah kembali dijemput menghadap Allah s.w.t. Halimah Bt Said (Maksu Limah) 77 thn (mengikut KP). Solat jenazah akan diadakan sekejap lg. insya Allah kita sama-sama doakan kebaikan untuknya.. al- fatihah...,

Selasa, 22 Mac 2011

MEDAN BERSAMA

JAWATANKUASA MASJID INI TELAH BERSETUJU MEMPROGRAMKAN MAJLIS BERSAMA JABATAN KERAJAAN & KOMUNITI KALAI.

KAMI MEMPELAWA KEPADA JABATAN2 ATAU AGENSI2 KERAJAAN KHUSUSNYA YANG BERKENAAN ORANG RAMAI UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT BERKAITAN KEPADA KOMUNITI KALAI.
  • KAMI JADUALKAN SEBULAN SEKALI
  • HANYA PADA MALAM SELASA SAHAJA
  • PROGRAM BERMULA DENGAN SOLAT MAGRIB BERJEMAAH (MALAM SHJ)
  • KAMI SEDIA MENJEMPUT ANAK MUKIM UNTUK MENDENGAR PENERANGAN
  • KEUTAMAAN DIBERI MENGIKUT KEPERLUAN KOMUNITI
  • BUKAN ATAS PLATFORM POLITIK KEPARTIAN
  • SETIAP PROGRAM ISNYA ALLAH AKAN DI IKLANKAN DILAMAN INI
  • SILA HUBUNGI PENGERUSI @ SETIAUSAHA MASJID

Khamis, 24 Februari 2011




Aktres terkenal Britain Myriam Francois-Cerrah dikenali umum selepas menjadi pelakon kanak-kanak dalam filem hit “Sense and Sensibility”. Kini, dia menjadi lebih popular berikutan tindakannya memeluk agama Islam. Langkahnya itu menambahkan lagi golongan pertengahan yang berpelajaran memeluk Islam di Britain.

Menurut Myriam, Peristiwa 11 September telah menjadi motif sebenar keinginannya untuk mengetahui tentang agama Islam. Hasilnya, dia memeluk Islam selepas meyakini kebenaran yang dibawa oleh agama ini.

Sementara itu, bekas hos MTV Jerman, Kristianne Backer pula menegaskan bahawa dia tidak pernah menyesal memeluk agama Islam, walaupun berita pemelukannya itu menerima kecaman dan maklum balas negatif daripada pihak media.
...lagi

Islam Di Eropah


[HM] Biskop Prague, Miloslav Vlk (gambar) memberi amaran kemungkinan Eropah bakal diIslamkan jika penganut Kristian tidak kembali ke ajaran sebenar.
Eropah tidak lagi mengamalkan asas ajaran sebenar yang mampu menangkis penyebaran Islam yang kini semakin nyata di benua ini.

Jika Eropah tidak berubah dan kembali kepada asas Kristian, ia akan diIslamkan,” kata Vlk, 77, yang dilantik sebagai Biskop Prague oleh Paus John Paul II pada 1991.

Beliau mendakwa penghijrahan imigran dan kadar kelahiran tinggi penganut Islam menyebabkan mereka mampu mengisi kekosongan jiwa akibat tindakan penganut Kristian Eropah yang melupakan asas ajaran agama itu dalam hidup mereka .. lagi

Ahad, 20 Februari 2011

Program Bulanan MMK

HARI KELUARGA MASJID

Hari Keluarga dan Kursus Jawatankuasa Masjid Kalai

Akan Diadakan pada :
11 dan 12 April 2011

Bertempat di :
Melawi, Bachok

Terbuka kepada :
Semua Ahli Jawatankuasa Masjid Kalai
Semua Ahli Jawatankuasa Biro2 Masjid Kalai
Semua Tukang Masak Tetap Masjid Kalai

Sila Hubungi En Kamarudin Ismail(S/U)
Tarikh tutup permohonan : 21 Fabruari 2011

Kunjungan Tuan Qadhi Bersambut

Pihak pengurusan masjid mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis malam tersebut. kehadiran melebihi 200 orang.
  • Rombongan PAJ telah sampai seawal 5.30 ptg.
  • Perlawanan pingpong mahabbah telah berjaya dilangsungkan antara PAJ dan Komuniti Masjid
  • Ceramah PAJ berjaya menghiburkan anak mukim kalai sehingga 9.30 malam.
  • Majlis dipengerusikan Pengerusi Biro Da`wah baru Cg Wan Harun
  • alhamdulillah.. Jamuan laksa pun mencukupi
  • terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut

Isnin, 7 Februari 2011

PAJ Bersama Komuniti Kalai

Semua Yang Menjenguk Laman Ini Dijemput Hadir.......

Ceramah Agama/ Maulid Ar-Rasul s.a.w.

Bertempat di Masjid Mukim Kalai
Tarikh : 6 R/ Awwal 1432 bersamaan 9/02/2011
Masa : Bermula dengan Solat Asar Berjemaah
Jamuan Laksa Disediakan

Tentatif :
5.00 ~ Solat Asar
5.20 ~ Perlawanan Ping Pong Persahabatan (PAJ vs MMK)
~ Solat Maghrib
~ Ceramah / Slide
~ Solat Isya`
~ Jamuan Laksa
~ Bersurai

Isnin, 31 Januari 2011

Dialog PDRM

Pada malam sabtu. 26 safar 1433. Masjid Mukim Kalai bersama KRT Kalai menganjurkan program dialog bersam PDRM & Komuniti Kalai.


Program bermula dengan solat maghrib berjemaah. Ketua Polis dari IPD Jeli DSP Syeikh Azhar Syeikh Omar mengetuai rombongan dialog.

Majlis yang dihadiri oleh kira2 200 penduduk setempat. turut hadir pegawai polis dari IPD dan Balai Bt Melintang.

En Kamarudin selaku setiausaha masjid menangguhkannya jam 9.30 mlm.

Sabtu, 8 Januari 2011

Nafkah Tanggungan

عن أبي معود : عن النبي صلى عليه وسلم قال : إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهِىَ لَهُ صَدَقَة

Daripada Abi Mas`ud (Aqbah Bin Amr), Nabi s.a.w bersabda Apabila seseorang menafkahkan tanggungannya kerana Allah, maka baginya pahala sedeqah.