الاسلام يعلو ولا يعلى عليه

“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)

SELAMAT DATANG KE LAMAN MASJID KALAI.. MASJID KITA...TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN IDEA.. TENAGA.. MATERIAL.. YG TELAH ANDA SUMBANGKAN. 0139466288(Pengerusi Masjid) >> nazriyusuf@ymail.com..

Selasa, 14 Disember 2010

Hadis Berkenaan Menuntut Ilmu

البخاري قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين، وإنما العلم بالتعلم
Sesiapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik2/soleh akan di kurniakan ilmu pengetahuan (ilmu agama) kepadanya. Dan ilmu itu hanya akan diperolehi dengan balajar/menuntut

البخاري قال : قال رسول الله صلى الله تعالى عليه وآله وسلم : من سلك طريقا يطلب به علما سهل الله له طريقا الى
الجنة
Sesiapa yang mengorak langkah untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan untuk mereka jalan2 menuju syurganya.

Isnin, 13 Disember 2010

Kita dan Nabi s.a.w

Selepas Al-Quaran... Al-Hadith amat penting bagi kita, untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Panduan dan pedoman, memandu kita ditengah2 gelombang kehidupan yang amat mencabar. Hanya KitabuLlah dan Sunnah Bagindalah mampu memacu ummat ini dilandasan selamat. Menuju kebahagiaan abadi. Inya Allah.. Justeru itulah Nabi S.A.W manyatakan :
من ادى إلى أمتي حديـثا واحدا يقيم به سنة او يرد به بدعة فله الجنة
Insya Allah laman ini akan memuatkan beberapa hadith sebagai tazkirah bagi penyusun khusunya. Mudah2an ada gunanya untuk kita semua.

1.
عن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم : ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما, وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله تعالى, وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النـار
Daripada Anas Bin Malik r.a, daripada Nabi s.a.w. Sesiapa yang memiliki 3 perkara ini. Mereka akan dapat menikmati kemanisan dan keindahan iman. 1)Apabila kasihnya terhadap Allah dan Rasull mengatasi sagala2 nya, 2)Apabila kasihkan saudara/ kawan/ teman samata2 kerana Allah dan 3)Jika takut kepada kekufuran sabagaimana takutnya jika dicampakkan kedalam nyalaan api!!