الاسلام يعلو ولا يعلى عليه

“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)

SELAMAT DATANG KE LAMAN MASJID KALAI.. MASJID KITA...TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN IDEA.. TENAGA.. MATERIAL.. YG TELAH ANDA SUMBANGKAN. 0139466288(Pengerusi Masjid) >> nazriyusuf@ymail.com..

Ahad, 14 November 2010

Lebih dua juta jemaah banjiri Makkah


MAKKAH: Lebih dua juta jemaah haji, dengan berpakaian ihram serba putih, melakukan solat Jumaat di Masjidil Haram, Makkah, kelmarin, dua hari sebelum bermulanya ibadah rukun Islam kelima itu.

Mereka mendengar dengan tekun khutbah yang disampaikan oleh imam masjid besar di Makkah itu, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, selama 40 minit dan yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen Arab Saudi dan beberapa negara lain di rantau Arab, Afrika dan Asia.

Pada beberapa ketika semasa khutbah itu disampaikan, para jemaah dilihat mengalirkan air mata, sedang imam besar itu bercakap tentang masa-masa sukar yang dihadapi oleh umat Islam sejak akhir-akhir ini, lapor laman berita Arab News, semalam.

Sambil menggesa usaha ke arah pembebasan Palestin, Sheikh Al-Sudais berkata sudah tiba masanya puak-puak di Palestin melupakan perselisihan sesama mereka.

'Perselisihan ini hanya menambahkan kesengsaraan saudara-saudara kita di Palestin.

'Sekatan tidak berperikemanusiaan ini telah menyukarkan kehidupan mereka. Kini tiba masanya bagi negara-negara Islam menyatukan barisan mereka dan membebaskan rakyat Palestin daripada belenggu 'perhambaan' ini,' kata beliau.

'Semua perbezaan di kalangan negaranegara serantau harus dan boleh diselesaikan dengan semangat Islam sebenarnya.

'Contoh terbaik mengenai kesatuan ini ialah jemaah ini, yang menunjukkan setiap penganut Islam dari segenap pelosok disatukan dengan ikatan cinta kepada Nabi Muhammad saw dan Al-Quran,' tambahnya.

Sheikh Al-Sudais menyifatkan isu Palestin itu sebagai satu masalah paling besar yang dihadapi negara-negara Islam, menurut Arab News.

'Setiap hari membawa satu bentuk kesengsaraan baru kepada mereka,' tegas beliau, dengan nada terharu dan titisan air mata.

'Ya Allah, satukanlah semua negara Islam...,' doanya, disambut dengan teriakan 'Amin' daripada para jemaah.

Sambil berulang kali menekankan nilai perpaduan, Sheikh Al-Sudais berkata:

'Perpecahan kita telah memberi kesempatan kepada musuh-musuh kita untuk mengeksploitasikan kita. Kita berpecah walaupun dalam satu keadaan jumlah yang besar. Perpaduan adalah kunci ke arah kesejahteraan kita. Mesej haji adalah perpaduan. Marilah kita sama-sama berdoa ke arah perpaduan umat Islam seluruh dunia.'

Imam besar itu juga menekankan perlunya masyarakat Islam menaruh harapan dan meyakini Allah setiap masa, khususnya semasa menghadapi kesusahan. :cyberbrita

Ekspo Cheng Ho

Ekspo Cheng Ho bakal membuka mata dunia terhadap Kelantan. Ia bakal menjadikan Kelantan bukan sahaja terkenal sebagai sebuah wilayah yang diperintah secara Islam, malah ia bakal menjadikan pangkalan atau hab ekonomi, kesenian, kebudayaan, pendidikan dan transaksi produk halal dari seluruh dunia.

Pada :
21-26 November 2010
Tempat :

Stadium KB
Jom Kita Ke Sana !!!

Jumaat, 12 November 2010

Pemain Billiard Tersohor Peluk Isam


Pemain billiard terkenal dunia pula peluk Islam

MASHAD (Iran), 12 Nov: Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar) mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.

Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).

David pernah menajdi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003. lagi

Takziah Buat Mek Li Sekeluarga

Hari ini seorang lagi anak mukimku telah kembali kerahmatullah. Hj Ramli (Pak Li) Bin Mohd Zain. Takziah diucapkan kepada Mek(Isteri arwah) sekeluarga atas kembalinya orang yang dikasihi kerahmatullah. Arwah meninggal pada usia emas (73 thn)
كـل نفس ذائقة الموت
SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MENEMUI KEMATIAN.

Kepada semua anak mukim dijemput untuk solat jenazah 4.45 ptg.. selepas solat asar

Rabu, 10 November 2010

Keputusan UPSR Esok

PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada Khamis, 11 Novemver ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran.

Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah seramai 486,321 orang manakala bakinya sebanyak 8,172 orang adalah calon sekolah swasta

Rabu, 3 November 2010

HIV

Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari ubatan HIV telah dilakukan di seluruh dunia. Tiba-tiba kita digegar oleh penemuan seorang ulamak dari Yaman.(Shiekh Abdul Majid) Walaupun ianya dipertikaikan namun mereka boleh membuktikan ratusan patien yang sembuh dengan perubatan mereka. Syukur. Rahsia ini menjadi kajian di barat sehinggakan mereka sangat cemburu dengan penemuan ulamak Islam dari negara tersebut.

Di negara kita pula ,banyak juga kita mendengar ada klinik yang mampu mengubati penyakit HIV dan ada pula yang dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana dakwaan mereka itu. Kenapa isu HIV sangat sensitif? dimana ada masalah disitu ada peluang.....sesiapa yang menjumpai ubatannya akan sangat terkenal didunia pengubatan dan penjualan ubatan tersebut juga menjadi besar.

Shiekh Abdul Majid melakukan perubatan dengan kaedah ilahiah dan alamiah dan dia sanggup buktikan keimanan yang benar akan menjadi jalan di ijabahnya doa oleh Allah swt. Perubatan Jawi juga percaya hal yang sama dan kini sedang membuka peluang kepada mereka yang menghidapi gejala HIV tetapi bukan penagih dadah untuk diterapi dengan herba. Kita tidak mendakwa menyatakan kita menemui ubatannya tetapi kita akan buktikan kepada 10 orang pesakit HIV dengan testimoni kesembuhannya.

Berapakah % keyakinan akan sembuh dengan herba ini? jika anda bertanya bagitu pada saya maka saat ini saya ingin menyatakan bahawa saya mempunyai keyakinan 100% sembuh dengan Izin Allah. Mudah-mudahan saya juga akan menjadi seperti shiekh Abdul Majid yang menemui penawar HIV tetapi bukan kerana wang tapi kerana sebuah perjuangan. Amin.
(HPA)

Selasa, 2 November 2010

Yang Kita Nak Tengok


Dalam kesibukan berkempen ,Menteri Besar Kelantan sempat juga meneruskan usaha dakwahnya di kampung orang asli di gua musang.Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.

Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop.
(Harakah)

Musim Banjir n Bajet

Islam menekankan supaya ummatnya hidup bersederhana. Tidak boros ataupun kupit(kedekut). Saranan ini wajar dihayati oleh kita semua. Kita seharusnya merencanakan perbelanjaan seharian, bulanan mahupun tahunan. Langit tidak selalu cerah. Sekarang ni banyak hak mendung. Itu merupakan sunnah alam ciptaan Allah. Dia yang mengaturkan segalanya.

Sekarang musim tengkujuh hampir/ telah tiba. Justeru itu perancangan kewangan amatlah mustahak di ambil kira. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah. Bagi golongan petani/ penoreh puak kita kenalah ingat. Bulan Nov dan Disember Puye Bah biasanya tak banyak hari hak kita buleh nnogheh. Jadi kita kna stat wat kira-kira loni lg. Mana untuk belanja hari2... mana untuk anak nak masuk sekolah tahun depan... mana untuk pada jalan Allah.. dsb. Sebab itu islam menganjurkan kita supaa selalu berdoa... Antara doa yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :

اللهمّ اِنِّي أعُوذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزْن . وَأعُوذُبِكَ مِنَ العَجْزِ والكَسْلِ . وأعُوذُ بِكَ مِنَ الجُبْنِ وَاالبُخْلِ . وَأعُوذُ بِكَ مِن غَلَبَتْ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَال

Amaran Banjir

Edah banjir sudah tiba. Terdapat laporan mengatakan bahawa kita mungkin juga akan mengalami banjir pd tahun ini. Kini paras air di sungai-sungai di kelantan dah mula naik. Sungai Golok dan Rantau Panjang berada diparas Merah (bahaya). Manakala Sg Kelanan (Kusia dan Kuala Krai) peringkat Oren(berjaga-jaga) Untuk maklumat lanjut klik di sini atau e-Banjir

Isnin, 1 November 2010

Amaran Banjir

Hujan lebat dan berterusan yang turun sejak sabtu lalu telah menyebabkan beberapa batang sungai di Kelantan telah mula naik. Paras air Sg Golok (Stesen:Jenub dan Rantau Panjang) menunjukkan berada di tahap merah (bahaya), manakala Sg Kelantan (Stesen:Krai dan Kusial) dalam keadaan berjaga2.

Namun hujan telah mula reda dan berhenti. Insya Allah kita doakan semoga ianya cepat surut.. semuanya selamat. Apa yang penting kita tahu bahawa setiap yang berlaku itu adalah mengikut iradat Allah. Pasti ada hikmahnya.