الاسلام يعلو ولا يعلى عليه

“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)

SELAMAT DATANG KE LAMAN MASJID KALAI.. MASJID KITA...TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN IDEA.. TENAGA.. MATERIAL.. YG TELAH ANDA SUMBANGKAN. 0139466288(Pengerusi Masjid) >> nazriyusuf@ymail.com..

Ahad, 29 Ogos 2010

IFTAR BERSAMA BERITA HARIAN

Masjid Mukim Kalai insya Allah akan mengadakan :
1. Iftar sumbangan Berita Harian (03/09/2010)
2. Bersamamu Ramadhan (akan dimaklumkan nanti)

Selalulah layari laman ini... syukran..

KERUSI DIPERLUKAN

Masjid kami memerlukan beberapa kemudahan asas bagi malangsungkan program yang dirancang dengan lancar.. terkini ... pihak Jawatankuasa masjid menawarkan peluang kepada sesiapa yang ingin mewakafkan kerusi untuk kegunaan masjid kalai... dengan harga RM15 bagi setiap unit kerusi.. kepada yang berminat.. sila hubungi pihak pengurusan masjid dengan segera...

Khamis, 19 Ogos 2010

PELUANG UNTUK MENDERMA

Kami membuka peluang kepada semua.. Sesiapa yang berminat sila salurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Masjid Mukim Kalai. 03054010019264 - BIMB Tanah Merah
Sumbangan diperlukan bagi program :
1. Ihya` Ramadhan dan
2. Sumbangan kepada Imam Terawih..

........ semoga hidup bertambah berkat .......

Jumaat, 13 Ogos 2010

NISAB ZAKAT 2010

Kadar zakat fitrah bg negeri Kelantan pada tahun ini ditetapkan RM7, meningkat 10 sen berbanding RM6.90 tahun lalu.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Kamaruddin Mohd. Zin berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu mengambil kira harga semasa beras.

Beliau berkata, bagi tujuan itu Maik telah melantik seramai 571 amil terdiri daripada para imam, bilal dan pegawai agama di kem-kem tentera, polis serta pusat tahanan.

Kamaruddin turut mengumumkan kadar nisab zakat wang simpanan iaitu sebanyak RM10,200.

Mengenai zakat harta pula, katanya, umat Islam boleh menunaikan kewajipan mereka dengan membayar zakat harta di kaunter Maik, Balai Islam Lundang di sini yang beroperasi tujuh hari seminggu sepanjang Ramadan ini bermula pukul 8 pagi hingga 4.45 petang.

BETAPA INDAHNYA RAMADHAN

Betapa Indahnya Ramadhan... 
1. Rumah Allah menjadi tumpuan.. Penuh sesak.. Meriah sekali..
2. Wajah2 Mu`min kelihat bercahaya... ceria n manis ... 
3. Kurangnya pencemaran udara... asap rokok
4. Ringan tulang untuk beribadat
5. Badan terasa makin sihat...
6. Dapat luangkan masa untuk makan berasma keluarga... Sahur 
7. Makan bersama ahli jemaah ... Iftar

Sabtu, 7 Ogos 2010

صوم رمضان

 وجوب صوم رمضان

قال الله تعالى { يا أيها الذين آمنوا كُتِبَ عليكم الصيام كما كُتِبَ على الذين من قبلكم لعلكم تتقون  {.

وعن طلحة بن عبيد الله أنَّ أعرابيّاً جاء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ثائر الرأس فقال: يا رسول الله أخبرني ماذا فرض الله عليَّ مِن الصلاة ؟ فقال : الصلوات الخمس إلا أن تطوع شيئاً ، فقال : أخبرني ما فرض الله عليَّ مِن الصيام ؟ فقال : شهر رمضان إلا أن تطوع شيئاً فقال : أخبرني بما فرض الله علي من الزكاة ؟ فقال : فأخبره رسول الله صلى الله عليه وسلم شرائع الإسلام ، قال والذي أكرمك لا أتطوع شيئاً ولا أنقص مما فرض الله عليَّ شيئا فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أفلح إن صدق - أو دخل الجنة إن صدق" - رواه البخاري LAGI...

HADITH BERKENAAN PUASA

Mungkin hasil yang diraih seorang shoim (yang berpuasa) hanya lapar dan haus, dan mungkin hasil yang dicapai seorang yang shalat malam (qiyamul lail) hanyalah berjaga. (HR Ahmad dan Hakim)

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)

Barangsiapa berbuka puasa Ramadan sehari tanpa rukhshah (alasan yang dibenarkan) atau sakit, maka tidak akan dapat ditebus (dosanya) dengan berpuasa seumur hidup dia melakukannya. (HR Bukhari dan Muslim) LAGI...