الاسلام يعلو ولا يعلى عليه

“Andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."(As-Syahid Hassan Al-Banna)

SELAMAT DATANG KE LAMAN MASJID KALAI.. MASJID KITA...TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN IDEA.. TENAGA.. MATERIAL.. YG TELAH ANDA SUMBANGKAN. 0139466288(Pengerusi Masjid) >> nazriyusuf@ymail.com..

Rabu, 28 April 2010

GURU AGAMA DIPERLUKAN

2 orang guru agama diperlukan bagi mendidik kanak-kanak berumur 7 & 8 tahun.

Kelas akan diadakan sebagaimana berikut
Tempat : Dewan Kuliah Masjid Kalai
Hari : Setiap Jumaat & Sabtu
Masa : 2.30 – 4.30 bermula 14/05/2010.

Permohonan ini dibuka kepada semua mereka yang menetap di mukim kalai sahaja. Tarikh tutup permohonan 03/05/2010. Kepada yang berminat sila hubungi Imam Masjid Mukim Kalai segera.

KELAS MGS KALAI

Kelas Agama (Membina Generasi Solat) Masjid Kalai insya Allah akan di adakan bermula 14/05/2010. Program akan diadakan sebagaimana berikut :

Tempat : Dewan Kuliah Masjid Kalai

Hari : Jumaat & Sabtu

Masa : 2.30 – 4.30 Petang
Peserta: Semua kanak-kanak 7 & 8 tahun

Pendaftaran PERCUMA dibuka mulai sekarang sehingga 03/05/2010.

Sila hubungi imam Masjid Mukim Kalai dengan segera.

Ingat!!!

Anda adalah tonggak kabahagiaan masa depan anak-anak.!!!

Mesyuarat MGS




9.30 pg 28/04/2010 di Dewan Pejabat Qahdi Jeli
Mesyuarat Membina Generasi Solat (MGS) berjaya menarik perhatian para imam dari seluruh mukim dalam jajahan jeli. Penyampaian bersahaja Al-Fadhil Us Joo ( Qadhi Jajahan Jeli) menghidupkan majlis sepanjang slot mesyuarat berlangsung.
Program yang dianjurkan Kerajaan Negeri itu amat barguna bagi mendidik tunas2 islam supaya tahu bagaimana cara ibadat yang sebenar disamping mendekatkan mereka dengan rumah Allah.
Kerajaan kelantan mengharapkan kerjasama semua imam dan jawatankuasa masjid bagi mengaktifkan program yang dikhususkan kepada anak2 berumur 7 dan 8 tahun sahaja ini.

Selasa, 27 April 2010

Taklimat Pengurusan Zakat





26/04/2010 jam 10.00 pg-1.00 tgh. Bertempat di Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak Panji, Kota Bharu
Ucaptama majlis telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Hj Mamat Che Muda (Setiausaha MAIK). Beliau antara lain menekankan pera Imam dan Jawatankuasa Masjid berusaha bagi mamastikan:
1. Masjid setiasa bersih dan mesra pelanggan
2. Pengimarahan masjid terus berlaku dalam suasana harmoni
3. Bangunan/ semua peralatan masjid berfungsi
4. Bermuafakat menjaga kawasan tanah perkuburan.

Pengurusan zakat pula telah ditaklimatkan oleh Ybhg Tuan Hj Murtadha Abdullah (Pegawai Zakat MAIK). Beliau mengucapakan terima kasih dan penghargaan kepada semua amil yang telah memberikan kerjasama bagi menaikkan nama MAIK sehingga diiktiraf sebagai pengurusan yang terbaik dimalaysia. Para imam juga digalakkan menggunakan kemudahan komputer/internet untuk memudahkan urusan pentadbiran.

Jumaat, 23 April 2010

BAGAIMANA HENDAK KE SYURGA

Seorang Lelaki Bertanya Nabi saw
حدثني بشئ يوجب الى الجنة فقال : موجب الجنة اطعام الطعام وافشاء السلام وحسن الكلام - الحديث

"Ceritakan kepadaku Sesuatu Yang Memastikan Aku Masuk ke Syurga", lalu Nabi saw Menyatakan "Yang Memastikan Kamu Masuk Syurga Ialah: Memberikan Makanan, Menyebarkan Salam Dan Bercakap/ Berbicara Dengan Baik"

Khamis, 22 April 2010

AwAs


TANDA QIAMAT

عن انس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن من أشراط الساعة ان يرفع العلم, ويثبت الجهل, ويشرب الخمر, ويظهر الزنا : رواه البخاري

Dari Anas r.a, ia berkata, Rasulullah saw bersabda "Sesungguhnya sebahagian dari tanda2 qiamat ialah diHilangkan Ilmu, diTetapkan Kebodohan, Minum Arak (menjadi kebiasaan), Perzinaan Melata (tanpa silu).

Rabu, 21 April 2010

HULURKAN SUMBANGAN

Kami Jawatankuasa Masjid Kalai perlukan bantuan dan sumbangan daripada semua pihak bagi menyiapkan pembinaan garaj baru. Garaj yang sedia ada terpaksa di rombak kerana uzur serta tidak efektif untuk kegunaan masakini.

Jumaat, 16 April 2010

Hari Keluarga SMAD




Program Hari Keluarga dapat memupuk semangat kekitaan dalam menjalankan sebarang aktiviti / tugasan. Tahniah kepada kelab guru smad atas kejayaan program di Melawi baru-baru ini..


ROBOH?




Kerja-kerja meroboh garaj sedia ada sedang dilakukan.. terima kasihhh

Selasa, 13 April 2010

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN

Kami Semua Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Kalai mengucapkan terima kasih setinggi2nya kepada semua penderma yang menyumbangkan 10 batang tiang dan kewangan bagi pembinaan garaj yang lebih selesa dan sesuai untuk pelbagai kegunaan penduduk kalai.

Isnin, 12 April 2010

GOTONG ROYONG LAGI

GOTONG ROYONG BAIKPULIH GARAJ MASJID
Tuan2 dijemput sama bergotong royong merombak dan membina Garaj yang Baru bagi menggantikan yang telah uzur(spt gambar di bawah).
Program akan diadakan
Pada : 16/04/2010
Hari : Jumaat
Jam : 8.30 Pagi
Kerjasama tuan2 memriahkan gotongroyong amatlah dihargai dan kami dahului dengan jutaan terima kasih